Loading...

Ku Li Tak Sertai Bahas Belanjawan Selagi Usul Undi Tak Percaya Muhyiddin Tidak Di Bentang !

Loading...
Ku Li Tak Sertai Bahas Belanjawan Selagi Usul Undi Tak Percaya Muhyiddin Tidak Di Bentang ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ku Li Tak Sertai Bahas Belanjawan Selagi Usul Undi Tak Percaya Muhyiddin Tidak Di Bentang !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ku Li Tak Sertai Bahas Belanjawan Selagi Usul Undi Tak Percaya Muhyiddin Tidak Di Bentang !
link : Ku Li Tak Sertai Bahas Belanjawan Selagi Usul Undi Tak Percaya Muhyiddin Tidak Di Bentang !

Baca juga


Ku Li Tak Sertai Bahas Belanjawan Selagi Usul Undi Tak Percaya Muhyiddin Tidak Di Bentang !

 


KUALA LUMPUR - Tengku Razaleigh Hamzah memaklumkan tidak akan menyertai perbahasan Belanjawan 2021 selagi usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dibentangkan di Dewan Rakyat.

Dalam suratnya kepada Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun, Ahli Parlimen Gua Musang itu menolak cadangan supaya beliau memohon kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan untuk diberi laluan membentangkan usul berkenaan.

Tengku Razaleigh atau dikenali Ku Li berkata cadangan Azhar itu melanggar Artikel 43 Perlembagaan Persekutuan dan tidak berasas kerana Takiyuddin sendiri adalah pihak yang terkesan dalam usul tidak percaya itu.

“Pada pandangan saya, (Takiyuddin) tiada apa-apa peranan dalam menentukan sama ada usul undi tidak percaya boleh dibentang atau tidak,” katanya menerusi sepucuk surat bertarikh 19 Nov kepada Azhar.

Ku Li turut menolak pendirian Azhar bahawa usul yang dibawanya berbentuk “persendirian,” justeru hanya boleh dibentangkan selepas aturan rasmi kerajaan selesai, atau, jika di beri laluan oleh pihak kerajaan.

“Sesuatu isu asas …iaitu keabsahan (Muhyiddin) memegang jawatan Perdana Menteri mengikut ketetapan perlembagaan… bukanlah usul persendirian tetapi melibatkan perlembagaan dan keabsahan Perdana Menteri sendiri.

Pada 14 Okt lalu, Azhar mencadangkan Ku Li berunding dengan Takiyuddin bagi membolehkan usul persendirian diberi keutamaan dan dibentang di Dewan Rakyat.

Ketika itu, Azhar berkata beliau terikat dengan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dalam menolak permohonan Ku Li untuk usul tidak percaya yang dibawa ahli Parlimen Langkawi, Dr Mahathir Mohamad diberi keutamaan untuk dibentang di Dewan Rakyat.

Dalam suratnya kepada Azhar, Ku Li menegaskan tidak ada Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang boleh menghalang usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri dibentangkan dengan segera dan justeru ia “harus dibahaskan pada sesi yang akan datang.”

Selagi Azhar tidak membenarkan keabsahan kerajaan Perikatan Nasional dibuktikan, Ku Li berkata beliau tidak akan menyertai perbahasan Belanjawan 2021.

“Memandangkan keabsahan kerajaan belum ditentukan, saya terikat dengan nurani dan ikrar saya dan maka tidak dapat turut serta dalam perbahasan belanjawan,” katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Ku Li Tak Sertai Bahas Belanjawan Selagi Usul Undi Tak Percaya Muhyiddin Tidak Di Bentang !

Sekianlah artikel Ku Li Tak Sertai Bahas Belanjawan Selagi Usul Undi Tak Percaya Muhyiddin Tidak Di Bentang ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ku Li Tak Sertai Bahas Belanjawan Selagi Usul Undi Tak Percaya Muhyiddin Tidak Di Bentang ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/11/ku-li-tak-sertai-bahas-belanjawan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ku Li Tak Sertai Bahas Belanjawan Selagi Usul Undi Tak Percaya Muhyiddin Tidak Di Bentang !"

Catat Ulasan

Loading...