Loading...

Agong Dan Permaisuri Kurniakan Sumbangan Makanan Kepada Para Petugas PKRC SUKPA !

Loading...
Agong Dan Permaisuri Kurniakan Sumbangan Makanan Kepada Para Petugas PKRC SUKPA ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Agong Dan Permaisuri Kurniakan Sumbangan Makanan Kepada Para Petugas PKRC SUKPA !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Agong Dan Permaisuri Kurniakan Sumbangan Makanan Kepada Para Petugas PKRC SUKPA !
link : Agong Dan Permaisuri Kurniakan Sumbangan Makanan Kepada Para Petugas PKRC SUKPA !

Baca juga


Agong Dan Permaisuri Kurniakan Sumbangan Makanan Kepada Para Petugas PKRC SUKPA !

KUANTAN  -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengurniakan sumbangan makanan kepada petugas Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) di sini, hari ini.

Sumbangan itu disampaikan menerusi Juruiring Tentera Darat Seri Paduka Brig Jen Datuk Zahari Mohd Ariffin, Pegawai Khas Sultan Pahang Tok Aria Rakna Ahmad Nurbadelin Abdul Murad dan Pegawai Khas (Kebajikan) Sultan Pahang Datuk Abdul Rahman Endut.

Selain polis dan petugas kesihatan, turut bertugas di PKRC itu ialah bomba, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pahang, tentera, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Sukpa yang terletak di Indera Mahkota di sini, diaktifkan sebagai PKRC sejak Khamis lepas, bagi menempatkan pesakit COVID-19 warga asing berisiko rendah dan tidak memerlukan rawatan khusus, ekoran pertambahan kes daripada Kluster Jalan Genting di Bentong, kira-kira 170 kilometer dari sini.

Pembukaan PKRC itu bagi memastikan perkhidmatan hospital kerajaan di Pahang tidak terjejas dengan peningkatan kes positif COVID-19 dan setakat semalam, seramai 131 pesakit telah dipindahkan ke situ bagi rawatan.  #sumber




Demikianlah Artikel Agong Dan Permaisuri Kurniakan Sumbangan Makanan Kepada Para Petugas PKRC SUKPA !

Sekianlah artikel Agong Dan Permaisuri Kurniakan Sumbangan Makanan Kepada Para Petugas PKRC SUKPA ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Agong Dan Permaisuri Kurniakan Sumbangan Makanan Kepada Para Petugas PKRC SUKPA ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/12/agong-dan-permaisuri-kurniakan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Agong Dan Permaisuri Kurniakan Sumbangan Makanan Kepada Para Petugas PKRC SUKPA !"

Catat Ulasan

Loading...