Judul : Covid-19: Sebanyak 1,935 Kes Positif Baharu Dengan Sembilan Kematian Di Rekod Hari Ini
link : Covid-19: Sebanyak 1,935 Kes Positif Baharu Dengan Sembilan Kematian Di Rekod Hari Ini
Covid-19: Sebanyak 1,935 Kes Positif Baharu Dengan Sembilan Kematian Di Rekod Hari Ini
KUALA LUMPUR -- Malaysia terus mencatat empat digit kes harian baharu COVID-19 apabila 1,937 kes direkodkan hari ini dengan sembilan lagi kematian, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata ia menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara kini mencecah 82,246 kes dengan jumlah kes aktif kebolehjangkitan adalah 13,751, manakala jumlah maut akibat pandemik itu setakat ini ialah 411 orang.
“Daripada jumlah kes baharu itu, terdapat dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,935 kes," katanya dalam kenyataan berhubung perkembangan terkini situasi COVID-19, di sini hari ini.
Beliau berkata Selangor masih melaporkan kes harian paling tinggi iaitu sebanyak 823 kes dengan 714 kes adalah daripada kluster dan aktiviti saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang giat dijalankan di lapangan, diikuti Sabah (429 kes) dan Kuala Lumpur (238 kes).
Sementara itu menurutnya, jumlah sembuh ialah 911 kes menjadikan jumlah kumulatif sembuh sebanyak 68,084 kes dan sehingga kini, terdapat 121 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 66 kes memerlukan bantuan pernafasan. #sumber
Demikianlah Artikel Covid-19: Sebanyak 1,935 Kes Positif Baharu Dengan Sembilan Kematian Di Rekod Hari Ini
Anda sekarang membaca artikel Covid-19: Sebanyak 1,935 Kes Positif Baharu Dengan Sembilan Kematian Di Rekod Hari Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/12/covid-19-sebanyak-1935-kes-positif.html
0 Response to "Covid-19: Sebanyak 1,935 Kes Positif Baharu Dengan Sembilan Kematian Di Rekod Hari Ini"
Catat Ulasan