Judul : Kerajaan Tidak Boleh Sekat Pergerakan Orang Ramai Untuk "Selama-Lamanya" , Patuhi SOP !
link : Kerajaan Tidak Boleh Sekat Pergerakan Orang Ramai Untuk "Selama-Lamanya" , Patuhi SOP !
Kerajaan Tidak Boleh Sekat Pergerakan Orang Ramai Untuk "Selama-Lamanya" , Patuhi SOP !
ARAU -- Kerajaan tidak boleh menyekat kebebasan pergerakan orang ramai untuk selama-lamanya ekoran pandemik COVID-19 dan menyeru rakyat mematuhi setiap prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata rakyat perlu mengawal diri dan elak daripada dijangkiti virus tersebut.
Beliau berkata banyak negara yang tiada kawalan pergerakan, misalnya, Taiwan, tetapi rakyatnya berdisiplin dan mengawal diri mereka sendiri sehingga kes COVID-19 tidak merebak di negara berkenaan.
“Akhirnya kita perlu biarkan mereka (rakyat) bebas juga kerana COVID-19 akan sentiasa ada di sekeliling kita seperti penyakit denggi dan sebagainya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menerima menghadap Ismail Sabri di Istana Arau. #sumber
Demikianlah Artikel Kerajaan Tidak Boleh Sekat Pergerakan Orang Ramai Untuk "Selama-Lamanya" , Patuhi SOP !
Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Tidak Boleh Sekat Pergerakan Orang Ramai Untuk "Selama-Lamanya" , Patuhi SOP ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/12/kerajaan-tidak-boleh-sekat-pergerakan.html
0 Response to "Kerajaan Tidak Boleh Sekat Pergerakan Orang Ramai Untuk "Selama-Lamanya" , Patuhi SOP !"
Catat Ulasan