Loading...

Ahli MPT Bersatu Dakwa 'Guling' Faizal Azumu Tindakan Khianat Dan Gila Kuasa ADUN UMNO

Loading...
Ahli MPT Bersatu Dakwa 'Guling' Faizal Azumu Tindakan Khianat Dan Gila Kuasa ADUN UMNO - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ahli MPT Bersatu Dakwa 'Guling' Faizal Azumu Tindakan Khianat Dan Gila Kuasa ADUN UMNO, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ahli MPT Bersatu Dakwa 'Guling' Faizal Azumu Tindakan Khianat Dan Gila Kuasa ADUN UMNO
link : Ahli MPT Bersatu Dakwa 'Guling' Faizal Azumu Tindakan Khianat Dan Gila Kuasa ADUN UMNO

Baca juga


Ahli MPT Bersatu Dakwa 'Guling' Faizal Azumu Tindakan Khianat Dan Gila Kuasa ADUN UMNO

  


KUALA LUMPUR -  Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Muhammad Faiz Na'aman menyifatkan tindakan ADUN  UMNO di Perak yang bersengkongkol dengan pembangkang untuk menumbangkan kerajaan negeri yang dipimpin oleh Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai satu pengkhianatan.

Dia berkata tindakan itu hanya mencetuskan ketidakstabilan politik yang mampu memberikan tempias terhadap kerjasama antara Perikatan Nasional dan BN di peringkat pusat serta negeri yang lain.

“Secara peribadi saya melihat tindakan ADUN  UMNO di Perak yang bersengkongkol dengan pembangkang khususnya DAP untuk menumbangkan Menteri Besar kerajaan mereka sendiri sebagai khianat persepakatan dan gilakan kuasa politik ketika rakyat sedang bergelut dengan masalah ekonomi akibat wabak Covid-19.

“Ia tindakan mensabotaj dan tikam belakang ketika kerajaan sedang menghadapi saat getir untuk memulihkan negara.

“Ia juga menggambarkan bahawa ada sesetengah pemimpin dari UMNO rela mengkhianati perpaduan ummah demi mahukan kuasa untuk puak mereka sahaja,” katanya  hari ini.

Katanya, susulan perkembangan situasi Bersatu di Perak, tidak mustahil selepas ini PAS juga boleh menjadi mangsa politik UMNO.

Pada sidang DUN Perak pagi tadi, Faizal yang juga Adun Chenderiang dan Timbalan Presiden Bersatu membuat keputusan akan berundur daripada jawatannya sebagai menteri besar selepas gagal mendapat sokongan majoriti daripada wakil-wakil rakyat negeri itu dalam undi percaya yang diusulkan oleh ADUN Pengkalan Baru, Abdul Manaf Hashimdari UMNO.

Sebanyak 48 undi menolak usul percaya itu berbanding 10 yang menyokongnya. Manakala satu undi rosak atau berkecuali.

Oleh itu, Faiz berkata budi bicara serta kebijaksanaan Sultan Perak amat diperlukan untuk menentukan sama ada wajar mandat kepimpinan negeri diserahkan kembali kepada rakyat melalui PRN atau baginda ada cara lain mengikut perlembagaan negeri Perak.

Bagaimanapun, katanya sama ada Bersatu akan menyertai kerajaan baru di Perak ataupun tidak, ia masih belum diputuskan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi parti. #sumber



Demikianlah Artikel Ahli MPT Bersatu Dakwa 'Guling' Faizal Azumu Tindakan Khianat Dan Gila Kuasa ADUN UMNO

Sekianlah artikel Ahli MPT Bersatu Dakwa 'Guling' Faizal Azumu Tindakan Khianat Dan Gila Kuasa ADUN UMNO kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ahli MPT Bersatu Dakwa 'Guling' Faizal Azumu Tindakan Khianat Dan Gila Kuasa ADUN UMNO dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/12/ahli-mpt-bersatu-dakwa-guling-faizal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ahli MPT Bersatu Dakwa 'Guling' Faizal Azumu Tindakan Khianat Dan Gila Kuasa ADUN UMNO"

Catat Ulasan

Loading...