Judul : Covid-19: Sebanyak 1,141 Kes Positif Baharu & Tiada Kes Kematian Di Rekodkan Pada Hari Ini
link : Covid-19: Sebanyak 1,141 Kes Positif Baharu & Tiada Kes Kematian Di Rekodkan Pada Hari Ini
Covid-19: Sebanyak 1,141 Kes Positif Baharu & Tiada Kes Kematian Di Rekodkan Pada Hari Ini
PUTRAJAYA - Jumlah kes baru Covid-19 kekal pada empat angka dengan 1,141 lagi dilapotkan setakat jam 12 tengah hari ini berbanding 1,075 kes yang dicatakan semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menjadikan kes terkumpul positif Covid-19 di Malaysia berjumlah 70,236 kes dengan kes aktif sebanyak 10,799 kes.
“Negeri-negeri di Lembah Klang melaporkan jumlah kes harian sebanyak 578 kes (50.7 peratus).
"Negeri Selangor dan Sabah masing-masing melaporkan jumlah kes harian tertinggi iaitu 320 kes atau 28 peratus, diikuti Kuala Lumpur sebanyak 256 kes atau 22.4 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Berikut kes baru negeri-negeri lain: - Johor (69), Pulau Pinang (48), Perak (47), Kedah (24) Kelantan (20), Negeri Sembilan (15), Pahang (15), Labuan (3), Putrajaya (2), Sarawak (1 ) dan Perlis (1).
Melaka dan Terengganu masing-masing tidak mencatatakan sebarang kes.
Dr Noor Hisham juga memaklumkan bahawa terdapat lapan kluster baru telah dikenal pasti.
"Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 193 kluster termasuk empat kluster yang tamat pada hari ini iaitu kluster Bandaran, kluster Kolong, kluster Ramai-Ramai dan kluster Sentral.
"Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 188 kluster," katanya.
Daripada keseluruhan 1,141 kes terbaru hari ini, menurutnya, terdapat tiga kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 1,144 kes pulih Covid-19 hari ini. Dengan perkembangan itu, jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 50,061 atau 84.1 peratus.
“Tiada pertambahan kes kematian Covid-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal 376 kes atau 0.54 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Covid-19: Sebanyak 1,141 Kes Positif Baharu & Tiada Kes Kematian Di Rekodkan Pada Hari Ini
Anda sekarang membaca artikel Covid-19: Sebanyak 1,141 Kes Positif Baharu & Tiada Kes Kematian Di Rekodkan Pada Hari Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/12/covid-19-sebanyak-1141-kes-positif.html

0 Response to "Covid-19: Sebanyak 1,141 Kes Positif Baharu & Tiada Kes Kematian Di Rekodkan Pada Hari Ini"
Catat Ulasan