Loading...

Annuar Gesa Semua Pihak 'Tunggu' Keputusan Parti Sebelum Buat Sebarang Persepsi Sendiri

Loading...
Annuar Gesa Semua Pihak 'Tunggu' Keputusan Parti Sebelum Buat Sebarang Persepsi Sendiri - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Annuar Gesa Semua Pihak 'Tunggu' Keputusan Parti Sebelum Buat Sebarang Persepsi Sendiri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Annuar Gesa Semua Pihak 'Tunggu' Keputusan Parti Sebelum Buat Sebarang Persepsi Sendiri
link : Annuar Gesa Semua Pihak 'Tunggu' Keputusan Parti Sebelum Buat Sebarang Persepsi Sendiri

Baca juga


Annuar Gesa Semua Pihak 'Tunggu' Keputusan Parti Sebelum Buat Sebarang Persepsi Sendiri

 


KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa meminta semua parti dalam Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN) menunggu mesyuarat pelbagai peringkat parti diadakan sebelum membuat sebarang persepsi berhubung pergolakan politik di Perak.

Beliau yang merupakan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkata, isu usul undi percaya oleh UMNO terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pada Jumaat lalu memerlukan gambaran yang lebih jelas.

Katanya, selain ahli parti, rakyat Perak juga perlu diberikan penjelasan mengenai situasi yang berlaku.

“Pada saya, isu Perak ini memerlukan gambaran yang lebih jelas, terutama dari orang (rakyat) Perak sendiri. Saya percaya, ada perkara yang dapat dibincangkan secara terbuka dan ada perkara dibincangkan secara tertutup,” katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini.

Pada Jumaat lalu, pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Baharu-UMNO, Datuk Abdul Manaf Hashim kemukakan usul undi percaya terhadap Ahmad Faizal.

Dalam undi belah bahagi itu, seramai 48 ADUN tidak setuju, 10 ADUN setuju dan seorang berkecuali.

Mengikut Perlembagaan, dengan keputusan itu, secara automatik Ahmad Faizal atau Peja tidak lagi Menteri Besar Perak.

Menurut Annuar, semua pihak jangan tergopoh-gapah membuat sebarang keputusan kerana ia tertakluk kepada keputusan dasar parti masing-masing.

Kata beliau, tanggungjawab pimpinan parti yang mengurus pemuafakatan telah disahkan oleh Perhimpunan Agung UMNO (PAU) dan Majlis Tertinggi parti.

“Jangan acah untuk merombaknya, ahli parti majoriti (nampak) berdiam diri tetapi mereka memerhati. Apatah lagi rakyat,” katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Annuar Gesa Semua Pihak 'Tunggu' Keputusan Parti Sebelum Buat Sebarang Persepsi Sendiri

Sekianlah artikel Annuar Gesa Semua Pihak 'Tunggu' Keputusan Parti Sebelum Buat Sebarang Persepsi Sendiri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Annuar Gesa Semua Pihak 'Tunggu' Keputusan Parti Sebelum Buat Sebarang Persepsi Sendiri dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/12/annuar-gesa-semua-pihak-tunggu.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Annuar Gesa Semua Pihak 'Tunggu' Keputusan Parti Sebelum Buat Sebarang Persepsi Sendiri"

Catat Ulasan

Loading...