Loading...

Spekulasi UMNO Nak 'Bergabung' Dengan DAP, Penganalisis Politik Dakwa Bersifat Sementara

Loading...
Spekulasi UMNO Nak 'Bergabung' Dengan DAP, Penganalisis Politik Dakwa Bersifat Sementara - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Spekulasi UMNO Nak 'Bergabung' Dengan DAP, Penganalisis Politik Dakwa Bersifat Sementara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Spekulasi UMNO Nak 'Bergabung' Dengan DAP, Penganalisis Politik Dakwa Bersifat Sementara
link : Spekulasi UMNO Nak 'Bergabung' Dengan DAP, Penganalisis Politik Dakwa Bersifat Sementara

Baca juga


Spekulasi UMNO Nak 'Bergabung' Dengan DAP, Penganalisis Politik Dakwa Bersifat Sementara

 


Pemimpin UMNO yang mencari jalan untuk membentuk kerajaan Perak yang baru tidak menolak kemungkinan adanya pakatan politik baru, tetapi penganalisis politik berkata gabungan seperti itu hanya bersifat sementara dan tidak akan bertahan lama.

Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, besar kemungkinan adanya gabungan antara UMNO dan parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) kerana tidak ada satu pun parti pun yang mempunyai majoriti di DUN.

Beliau berkata, gabungan UMNO-PH “pasti akan lebih kuat buat masa ini daripada kerajaan Perak yang digulingkan, kerana ia memiliki lebih banyak kerusi”. Bagaimanapun, gabungan seperti itu hanya bersifat sementara, kerana perbezaan ideologi yang ketara antara parti.

UMNO, dengan 25 kerusi, adalah parti terbesar dalam DUN Perak daripada 59 ahli. PH menguasai 24 kerusi melalui DAP (16), Amanah (5) dan PKR (3).

Bagaimanapun, bekas pensyarah Azmi Hassan berkata, kerjasama antara UMNO dan DAP tidak mungkin wujud, walaupun hanya di Perak.

“Jika itu berlaku, tidak diragui ia akan menjadi kerajaan negeri yang stabil dengan memiliki majoriti besar. Tetapi saya rasa ia akan menjadi janggal dan tiada kesinambungan,” katanya.

Azmi berkata, kenyataan spekulasi Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung kerjasama dengan pembangkang mungkin mengenai PKR dan Amanah.

“DAP tabu kepada akar umbi UMNO”, katanya, dan UMNO (menjadi sebahagian daripada Perikatan Nasional) juga ingin memastikan DAP tidak menjadi sebahagian daripada kerajaan pusat.

Bagaimanapun, Oh berkata, “sekarang ini apa saja gabungan politik mungkin boleh berlaku, dengan syarat kepentingan politik diselaraskan pada masa kerajaan gabungan dibentuk.

Sementara itu, penganalisis lain, Syed Arabi Idid dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, walaupun UMNO mesti membentuk gabungan dengan sokongan majoriti, DAP tidak boleh menjadi sebahagian daripada persamaan itu.

Jika PKR dan Amanah memutuskan untuk bekerjasama dengan UMNO, hubungan dalam PH akan tegang. Sebaliknya, rakan UMNO dalam BN, MCA “akan berasa dikhianati” apabila DAP akan menjadi sebahagian daripada kerajaan baru.

James Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania berkata, pakatan DAP-UMNO amat mustahil kerana masyarakat Cina tidak akan menerimanya.

Chin berkata, Zahid tidak boleh bercakap bagi pihak UMNO, walaupun menjadi presiden, kerana beliau tidak mempunyai kawalan penuh terhadap semua ahli parti. #sumber



Demikianlah Artikel Spekulasi UMNO Nak 'Bergabung' Dengan DAP, Penganalisis Politik Dakwa Bersifat Sementara

Sekianlah artikel Spekulasi UMNO Nak 'Bergabung' Dengan DAP, Penganalisis Politik Dakwa Bersifat Sementara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Spekulasi UMNO Nak 'Bergabung' Dengan DAP, Penganalisis Politik Dakwa Bersifat Sementara dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/12/spekulasi-umno-nak-bergabung-dengan-dap.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Spekulasi UMNO Nak 'Bergabung' Dengan DAP, Penganalisis Politik Dakwa Bersifat Sementara"

Catat Ulasan

Loading...