Judul : Banjir Pahang: Seramai 38 Mangsa Dari Enam Keluarga "Di Pindahkan" Setakat Petang Tadi !
link : Banjir Pahang: Seramai 38 Mangsa Dari Enam Keluarga "Di Pindahkan" Setakat Petang Tadi !
Banjir Pahang: Seramai 38 Mangsa Dari Enam Keluarga "Di Pindahkan" Setakat Petang Tadi !
KUANTAN - Seramai 38 mangsa banjir daripada enam keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu di daerah ini dan Jerantut, setakat 5 petang ini.
Menurut portal bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daripada jumlah itu, seramai 25 mangsa membabitkan empat keluarga berada di PPS Dewan Orang Ramai Sungai Ular, di sini.
"Di Jerantut pula merekodkan 13 mangsa daripada dua keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Teh," katanya.
Sementara itu, infobanjir.water.gov.my memaklumkan hanya air Sungai Pahang di Sungai Yap, Jerantut melepasi paras amaran iaitu 51.80 meter (m) berbanding 50 m setakat 4.30 petang, hari ini.
Empat lagi sungai melebihi paras berjaga-jaga ialah Sungai Tembeling di Kuala Tahan, Jerantut iaitu 65.79 m berbanding 64 m; Sungai Pahang, Lubuk Pasu, Temerloh merekodkan 29.98 m berbanding 29 m dan Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran pula mencatat 17.16 m berbanding 17 m.
Selain itu, Sungai Kuantan, Pasir Kemudi, di sini, merekod 5.22 m berbanding 4.6 m, Sungai Belat di Sri Damai, di sini, pula mencatat 3.47 m berbanding 3.0 m dan Sungai Lepar di Jambatan Gelugor, di sini, merekodkan 28.58 m berbanding 28.50 m. #sumber
Demikianlah Artikel Banjir Pahang: Seramai 38 Mangsa Dari Enam Keluarga "Di Pindahkan" Setakat Petang Tadi !
Anda sekarang membaca artikel Banjir Pahang: Seramai 38 Mangsa Dari Enam Keluarga "Di Pindahkan" Setakat Petang Tadi ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/12/banjir-pahang-seramai-38-mangsa-dari.html

0 Response to "Banjir Pahang: Seramai 38 Mangsa Dari Enam Keluarga "Di Pindahkan" Setakat Petang Tadi !"
Catat Ulasan