Judul : Pusat Kuarantin Dan Rawatan (PKRC)Covid-19 Kompleks SUKPA Di Tamatkan Operasi Hari Ini
link : Pusat Kuarantin Dan Rawatan (PKRC)Covid-19 Kompleks SUKPA Di Tamatkan Operasi Hari Ini
Pusat Kuarantin Dan Rawatan (PKRC)Covid-19 Kompleks SUKPA Di Tamatkan Operasi Hari Ini
KUANTAN - Semua 168 pesakit Covid-19 daripada Kluster Jalan Genting dan Kluster Kuala yang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (Sukpa), di sini, sejak 11 Disember lalu dibenarkan pulang, hari ini.
Pengarah Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Pahang Mohd Zairasyahli Shah Zakaria berkata, daripada jumlah itu, 158 pesakit bukan warganegara daripada Kluster Jalan Genting keluar dari PKRC itu pada 2 petang tadi.
Katanya, kesemua pesakit Kluster Jalan Genting menaiki bas yang disediakan oleh kerajaan Pahang.
"Seramai 10 pesakit bukan warganegara daripada Kluster Kuala pula dibenarkan pulang lewat petang ini. Ini bermakna 168 pesakit bukan warganegara pulih sepenuhnya dan PKRC Sukpa ditutup sepenuhnya, hari in.
"Oleh itu, proses sanitasi akan dijalankan esok untuk memastikan PKRC Sukpa bebas daripada wabak Covid-19," katanya ketika dihubungi, hari ini.
PKRC Sukpa mula menerima pesakit positif Covid-19 daripada Kluster Jalan Genting pada 11 Disember lalu, sebelum 10 pesakit daripada Kluster Kuala turut ditempatkan di pusat terbabit. #sumber
Demikianlah Artikel Pusat Kuarantin Dan Rawatan (PKRC)Covid-19 Kompleks SUKPA Di Tamatkan Operasi Hari Ini
Anda sekarang membaca artikel Pusat Kuarantin Dan Rawatan (PKRC)Covid-19 Kompleks SUKPA Di Tamatkan Operasi Hari Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/12/pusat-kuarantin-dan-rawatan-pkrccovid.html
0 Response to "Pusat Kuarantin Dan Rawatan (PKRC)Covid-19 Kompleks SUKPA Di Tamatkan Operasi Hari Ini"
Catat Ulasan