Loading...

Calon MB Daripada UMNO, Berdepan Dengan Isu Sokongan Wakil Parti BERSATU Dan PAS !

Loading...
Calon MB Daripada UMNO, Berdepan Dengan Isu Sokongan Wakil Parti BERSATU Dan PAS ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Calon MB Daripada UMNO, Berdepan Dengan Isu Sokongan Wakil Parti BERSATU Dan PAS !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Calon MB Daripada UMNO, Berdepan Dengan Isu Sokongan Wakil Parti BERSATU Dan PAS !
link : Calon MB Daripada UMNO, Berdepan Dengan Isu Sokongan Wakil Parti BERSATU Dan PAS !

Baca juga


Calon MB Daripada UMNO, Berdepan Dengan Isu Sokongan Wakil Parti BERSATU Dan PAS !

 


KUALA LUMPUR - UMNO perlu menampilkan calon Menteri Besar baharu yang diyakini boleh mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak, bagi mengelak kemelut jawatan itu berterusan.

Geostrategis, Dr Azmi Hassan, berkata biarpun UMNO memiliki jumlah terbesar iaitu 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), namun belum cukup kerana jumlah minimum diperlukan adalah 30 kerusi.

Katanya, wajar bagi UMNO mendapatkan sokongan daripada ADUN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), PAS serta GERAKAN bagi melengkapkan sokongan melantik Menteri Besar baru, selain mengelak kerajaan Perikatan Nasional (PN) berpecah.

"Dalam hal ini, jika PN mahu kekalkan kerajaan Perak sebagai milik mereka, mahu tidak mahu calon dari UMNO itu perlu disokong, walaupun kemelut politik ini dalangnya ialah UMNO.

"BERSATU terutama sekali perlu berkorban dalam hal ini. Bagi UMNO pula, mereka perlu lebih rasional bila kemukakan calon Menteri Besar kerana calon ini mestilah individu yang boleh diterima oleh BERSATU," katanya.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam kenyataan semalam menjelaskan pendirian parti itu bahawa kerajaan PN perlu dikekalkan.

"Semua barisan Exco kerajaan Negeri juga perlu diteruskan.

"UMNO juga berpendirian bahawa BERSATU dan PAS juga harus menyokong kerajaan PN Negeri Perak," katanya yang juga Ahli Parlimen Pontian.

Ditanya ura-ura bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mungkin boleh dipertimbang semula ke jawatan itu jika dua calon yang dikemuka UMNO sebelum ini gagal mendapat sokongan BERSATU dan PAS, Azmi berkata, itu mungkin satu formula yang baik.

"YB Pangkor (Zambry) ini dilihat calon terbaik yang dimiliki UMNO untuk diterima semua parti," katanya.

Sebelum ini, dua nama ADUN UMNO disebut-sebut untuk menggantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak baharu.

Selain ADUN Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad yang juga Pengerusi UMNO Perak, seorang lagi adalah ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya yang kini memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak. #sumber



Demikianlah Artikel Calon MB Daripada UMNO, Berdepan Dengan Isu Sokongan Wakil Parti BERSATU Dan PAS !

Sekianlah artikel Calon MB Daripada UMNO, Berdepan Dengan Isu Sokongan Wakil Parti BERSATU Dan PAS ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Calon MB Daripada UMNO, Berdepan Dengan Isu Sokongan Wakil Parti BERSATU Dan PAS ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/12/calon-mb-daripada-umno-berdepan-dengan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Calon MB Daripada UMNO, Berdepan Dengan Isu Sokongan Wakil Parti BERSATU Dan PAS !"

Catat Ulasan

Loading...