Loading...

Papagomo Selar Sikap MB Kedah, Gesa Mohon Maaf Di Atas Kenyataan Berunsur Perkauman !

Loading...
Papagomo Selar Sikap MB Kedah, Gesa Mohon Maaf Di Atas Kenyataan Berunsur Perkauman ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Papagomo Selar Sikap MB Kedah, Gesa Mohon Maaf Di Atas Kenyataan Berunsur Perkauman !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Papagomo Selar Sikap MB Kedah, Gesa Mohon Maaf Di Atas Kenyataan Berunsur Perkauman !
link : Papagomo Selar Sikap MB Kedah, Gesa Mohon Maaf Di Atas Kenyataan Berunsur Perkauman !

Baca juga


Papagomo Selar Sikap MB Kedah, Gesa Mohon Maaf Di Atas Kenyataan Berunsur Perkauman !

 


KUALA LUMPUR: Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris menyelar sikap Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang memberikan perumpamaan 'minum todi' ekoran bantahan yang dibuat oleh MIC dan DAP terhadap isu perobohan kuil Hindu pada 1 Dis lalu.

Wan Muhammad Azri yang lebih dikenali sebagai Papagomo berkata, kenyataan yang dibuat Muhammad Sanusi itu sesuatu yang biadap dan tidak beretika sama sekali.

Katanya, kenyataan menteri besar Kedah itu telah melemparkan satu persepsi tidak baik terhadap satu-satu kaum.

"YAB Menteri Besar Kedah patut malu dengan kenyataan yang dibuat kerana ini bukan sahaja mengambarkan sikap angkuh kerajaan negeri malah mengambarkan seorang pemimpin Melayu Islam yang begitu celupar mulut," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Wan Muhammad Azri turut berharap, Muhammad Sanusi dapat membuat permohonan maaf kepada seluruh masyarakat India berikutan kenyataan berkenaan.

"Akhir kata, saya harap kita rakyat Malaysia berbilang bangsa dapat bertoleransi antara satu sama lain dalam apa isu sekali pun," katanya.

Dalam kenyataannya itu, Wan Muhammad Azri turut menyenaraikan kebaikan dari tindakan yang dibuat oleh Menteri Besar Kedah itu dalam isu perobohan kuil.

Katanya, beliau menyokong tindakan meroboh kuil yang dibina di atas tanah yang dimiliki kerajaan negeri dan menganggap isu ini berlaku di semua negeri.

Namun katanya, ada pihak yang mengambil kesempatan di atas keterbukaan kerajaan sebelum ini dengan sengaja membina rumah ibadat biarpun tahu tanah yang digunakan itu tidak diwartakan untuk pembinaan rumah ibadat mana-mana agama.

"Memang sewajarnya tindakan tegas diambil kepada semua rumah ibadat haram agar di masa depan tidak menimbulkan konflik yang akhirnya menjerumus kepada perbalahan perkauman dan agama seperti mana yang berlaku di negeri Selangor tahun 2018 di Kuil Sri Maha Mariamman," katanya.

Pada 1 Disember lalu, Majlis Bandaraya Alor Setar merobohkan Kuil Sri Raja Muniswarar yang dipercayai berusia lebih 50 tahun di Taman Bersatu, Kuala Kedah.

Alasan yang diberikan ialah tanah yang dimiliki kerajaan negeri itu mahu dibangunkan.
Selain kuil itu, sebuah dewan silat dan lima kawasan parkir turut dirobohkan untuk dibina gelanggang futsal. #sumber



Demikianlah Artikel Papagomo Selar Sikap MB Kedah, Gesa Mohon Maaf Di Atas Kenyataan Berunsur Perkauman !

Sekianlah artikel Papagomo Selar Sikap MB Kedah, Gesa Mohon Maaf Di Atas Kenyataan Berunsur Perkauman ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Papagomo Selar Sikap MB Kedah, Gesa Mohon Maaf Di Atas Kenyataan Berunsur Perkauman ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/12/papagomo-selar-sikap-mb-kedah-gesa.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Papagomo Selar Sikap MB Kedah, Gesa Mohon Maaf Di Atas Kenyataan Berunsur Perkauman !"

Catat Ulasan

Loading...