Loading...

Mangsa Banjir Di Negeri Terengganu, Kelantan, Pahang Dan Perak Catatkan Penurunan Ketara

Loading...
Mangsa Banjir Di Negeri Terengganu, Kelantan, Pahang Dan Perak Catatkan Penurunan Ketara - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mangsa Banjir Di Negeri Terengganu, Kelantan, Pahang Dan Perak Catatkan Penurunan Ketara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mangsa Banjir Di Negeri Terengganu, Kelantan, Pahang Dan Perak Catatkan Penurunan Ketara
link : Mangsa Banjir Di Negeri Terengganu, Kelantan, Pahang Dan Perak Catatkan Penurunan Ketara

Baca juga


Mangsa Banjir Di Negeri Terengganu, Kelantan, Pahang Dan Perak Catatkan Penurunan Ketara

 


KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di empat negeri yang terjejas semakin pulih dengan penurunan ketara bilangan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

Sehingga petang tadi, Terengganu merekodkan 437 mangsa di PPS manakala Kelantan (109), Pahang (64) dan Perak (27).

Di TERENGGANU, penurunan mangsa di PPS daripada 1,621 orang pagi tadi kepada 437 orang, disebabkan keadaan cuaca yang semakin baik sejak semalam dengan menyaksikan daerah Kemaman dan Hulu Terengganu yang teruk terjejas sebelum ini, kembali pulih.

Bagaimanapun, sehingga jam 6 petang tadi, beberapa kawasan di enam daerah masih terjejas iaitu Besut, Setiu, Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Dungun.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, Kemaman menjadi daerah terbaharu yang menutup PPS selepas 43 mangsa daripada 13 keluarga dibenarkan pulang.

Katanya setakat ini sebanyak 13 PPS masih diaktifkan bagi menempatkan 107 keluarga.

Sementara itu, Bernama melaporkan di KELANTAN, situasi banjir bertambah baik dengan hanya 109 mangsa daripada 22 keluarga berada di empat PPS berbanding 400 orang pagi tadi.

Mereka ditempatkan di PPS dalam dua jajahan iaitu masing-masing dua di Pasir Mas dan Pasir Puteh manakala banjir di Kota Bharu dan Tanah Merah pulih sepenuhnya.

Sementara itu, InfoBencana JKM melaporkan Pasir Mas menjadi daerah tertinggi mangsa banjir dengan 58 orang daripada 12 keluarga ditempatkan di dua PPS.

Menurut laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), situasi setakat 4 petang menunjukkan air Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi paras bahaya iaitu pada bacaan 9.63 meter (paras bahaya ialah pada bacaan 9 meter) dengan trend menaik.

Di PAHANG, kesemua 64 mangsa daripada 22 keluarga ditempatkan di dua PPS di Raub setakat 4 petang berbanding 109 orang daripada 34 keluarga yang ditempatkan di lapan PPS pagi tadi.

Menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PPS di Masjid Jamek Kampung Kuala Semantan menempatkan 38 orang daripada 12 keluarga manakala seramai 26 orang daripada 10 keluarga ditempatkan di Dewan Serbaguna Kampung Pia.

Tinjauan Bernama di Raub mendapati banjir mula surut dengan sebahagian penduduk yang terjejas mula pulang ke rumah masing-masing.

Di PERAK, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri melaporkan banjir termenung di Kampung Matang Tengah, Beriah dalam daerah Kerian menjadi punca mangsa masih berada di PPS di Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak, Bagan Serai setakat 4 petang. #sumber



Demikianlah Artikel Mangsa Banjir Di Negeri Terengganu, Kelantan, Pahang Dan Perak Catatkan Penurunan Ketara

Sekianlah artikel Mangsa Banjir Di Negeri Terengganu, Kelantan, Pahang Dan Perak Catatkan Penurunan Ketara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mangsa Banjir Di Negeri Terengganu, Kelantan, Pahang Dan Perak Catatkan Penurunan Ketara dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/12/mangsa-banjir-di-negeri-terengganu.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Mangsa Banjir Di Negeri Terengganu, Kelantan, Pahang Dan Perak Catatkan Penurunan Ketara"

Catat Ulasan

Loading...