Loading...

Suspek Positif Covid-19, Polis Nafi Balai Polis Bentong Telah Di Tutup Kepada Orang Awam !

Loading...
Suspek Positif Covid-19, Polis Nafi Balai Polis Bentong Telah Di Tutup Kepada Orang Awam ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Suspek Positif Covid-19, Polis Nafi Balai Polis Bentong Telah Di Tutup Kepada Orang Awam !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Suspek Positif Covid-19, Polis Nafi Balai Polis Bentong Telah Di Tutup Kepada Orang Awam !
link : Suspek Positif Covid-19, Polis Nafi Balai Polis Bentong Telah Di Tutup Kepada Orang Awam !

Baca juga


Suspek Positif Covid-19, Polis Nafi Balai Polis Bentong Telah Di Tutup Kepada Orang Awam !

 


KUANTAN: Polis menafikan dakwaan yang tular dalam media sosial hari ini kononnya Balai Polis Bentong, kira-kira 162 kilometer dari sini, ditutup kepada orang awam selepas seorang suspek yang ditahan disahkan positif COVID-19.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata operasi balai polis berkenaan berjalan seperti biasa, dan pihaknya telah melakukan proses sanitasi dengan kerjasama pihak bomba sebagai langkah berjaga-jaga.

"Proses sanitasi dijalankan sebaik sahaja kita mendapat keputusan ujian saringan suspek lelaki berumur 58 tahun yang ditahan pada Khamis positif COVID-19. Suspek juga telah dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAH) di Temerloh untuk rawatan.

"Sebagai langkah berwaspada, seramai 40 pegawai serta anggota yang dikenal pasti berada berhampiran suspek kini melaksanakan kuarantin kendiri dan akan menjalani ujian saringan dalam masa terdekat," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Zaiham berkata ketiadaan pegawai dan anggota terlibat bagaimanapun tidak menjejaskan perjalanan operasi dan urusan pentadbiran balai polis tersebut.

Beliau juga berharap orang ramai tidak menyebarkan maklumat tidak tepat yang boleh menimbulkan kebimbangan masyarakat, sebaliknya menyemak terlebih dahulu dengan pihak berkuasa.

Dakwaan yang tular itu menyebabkan ada penduduk Bentong ingin mendapatkan pengesahan dan lokasi balai polis berhampiran kononnya sebagai alternatif selepas balai polis itu ditutup. #sumber



Demikianlah Artikel Suspek Positif Covid-19, Polis Nafi Balai Polis Bentong Telah Di Tutup Kepada Orang Awam !

Sekianlah artikel Suspek Positif Covid-19, Polis Nafi Balai Polis Bentong Telah Di Tutup Kepada Orang Awam ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Suspek Positif Covid-19, Polis Nafi Balai Polis Bentong Telah Di Tutup Kepada Orang Awam ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/12/suspek-positif-covid-19-polis-nafi.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Suspek Positif Covid-19, Polis Nafi Balai Polis Bentong Telah Di Tutup Kepada Orang Awam !"

Catat Ulasan

Loading...