Judul : Covid-19: Penduduk Kuantan Di Nasihat Elak Keluar Rumah Serta Hadir Majlis Keramaian !
link : Covid-19: Penduduk Kuantan Di Nasihat Elak Keluar Rumah Serta Hadir Majlis Keramaian !
Covid-19: Penduduk Kuantan Di Nasihat Elak Keluar Rumah Serta Hadir Majlis Keramaian !
KUANTAN - Semua pihak di Kuantan diminta mengehadkan pergerakan keluar rumah kepada urusan penting sahaja dan mengelak daripada menghadiri majlis keramaian berdasarkan situasi semasa yang menyaksikan empat kluster COVID-19 masih aktif di sini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang menerusi kenyataan media di sini, hari ini, juga menasihatkan jabatan kerajaan untuk mengurangkan penganjuran aktiviti yang melibatkan orang ramai.
Kluster yang aktif itu adalah Kluster Atabara dan Kluster Inten di kawasan Indera Mahkota, Kluster Kuala di sekitar pusat bandar dan Kluster Kristal yang dilaporkan berlaku di sekitar Sungai Karang Darat.
"Semua pihak diminta menjaga diri dan keluarga supaya tidak menjadikan kluster terlibat berkembang. Sekiranya keadan bertahan atau tiada perebakan luar biasa, kerajaan tidak berhasrat mengetatkan lagi kawalan di Kuantan.
"Orang ramai diingatkan untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti menjaga penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka serta tidak menyebarkan maklumat palsu, sebaliknya merujuk kepada saluran rasmi untuk maklumat tepat," menurut kenyataan itu. #sumber
Demikianlah Artikel Covid-19: Penduduk Kuantan Di Nasihat Elak Keluar Rumah Serta Hadir Majlis Keramaian !
Anda sekarang membaca artikel Covid-19: Penduduk Kuantan Di Nasihat Elak Keluar Rumah Serta Hadir Majlis Keramaian ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/12/covid-19-penduduk-kuantan-di-nasihat.html
0 Response to "Covid-19: Penduduk Kuantan Di Nasihat Elak Keluar Rumah Serta Hadir Majlis Keramaian !"
Catat Ulasan