Loading...

Empat Kluster Baharu 'Covid-19' Kini Semakin Aktif Di Kuantan, Tiada Kaitan Kluster Genting

Loading...
Empat Kluster Baharu 'Covid-19' Kini Semakin Aktif Di Kuantan, Tiada Kaitan Kluster Genting - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Empat Kluster Baharu 'Covid-19' Kini Semakin Aktif Di Kuantan, Tiada Kaitan Kluster Genting, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Empat Kluster Baharu 'Covid-19' Kini Semakin Aktif Di Kuantan, Tiada Kaitan Kluster Genting
link : Empat Kluster Baharu 'Covid-19' Kini Semakin Aktif Di Kuantan, Tiada Kaitan Kluster Genting

Baca juga


Empat Kluster Baharu 'Covid-19' Kini Semakin Aktif Di Kuantan, Tiada Kaitan Kluster Genting

 

KUANTAN - Empat kluster Covid-19 kini aktif di sekitar daerah ini melibatkan Kluster Atabara dan Kluster Inten di Indera Mahkota, Kluster Kuala (pusat bandar) dan Kluster Kristal (Sungai Karang).

Keempat-empat kluster itu bagaimanapun tiada kaitan dengan Kluster Genting kerana penularannya berkembang sebelum pembukaan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 di Kompleks Sukan Pahang (SUKPA).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuantan telah mengenal pasti 763 kontak rapat melibatkan 258 rumah dan bilangannya dijangka meningkat.

Menurut jawatankuasa itu, Kluster Kuala berpunca daripada pekerja sebuah restoran yang mempunyai beberapa cawangan di daerah ini dan pengendalian restoran itu secara dapur berpusat dan makanan diedar ke cawangan.

"Berdasarkan analisa yang dibuat, kluster ini berisiko tinggi untuk penularan dalam komuniti.

"Kluster ini masih terdapat kes-kes positif yang dikesan sekali gus menunjukkan penularan Covid-19," katanya.

Sementara itu, jawatankuasa itu turut memaklumkan, sepanjang lima hari operasi PKRC Sukpa, tiada sebarang insiden cubaan melarikan diri dalam kalangan pesakit dan keadaan terkawal.

"Ketika ini terdapat 132 orang pesakit Covid-19 dari Kluster Genting dan 10 pesakit dari Kluster Kuala ditempatkan di pusat berkenaan.

"Orang ramai tidak perlu bimbang berkenaan keselamatan mereka berikutan tiada sebarang penularan dalam komuniti yang berpunca daripada kluster itu setakat ini," katanya.

Bagaimanapun semua pihak diminta menjaga diri dan keluarga bagi mengelak jangkitan melibatkan kluster itu terus berkembang.

"Sekiranya keadaan bertahan atau tiada perebakan luar biasa, kerajaan tidak berhasrat untuk mengetatkan lagi kawalan di daerah Kuantan.

"Justeru orang ramai dinasihatkan mengehadkan pergerakan luar kepada urusan-urusan yang perlu sahaja dan elakkan menghadiri majlis keramaian," katanya.

Menurut kenyataan itu juga, jabatan kerajaan turut dinasihatkan mengurangkan aktiviti melibatkan orang ramai. #sumber



Demikianlah Artikel Empat Kluster Baharu 'Covid-19' Kini Semakin Aktif Di Kuantan, Tiada Kaitan Kluster Genting

Sekianlah artikel Empat Kluster Baharu 'Covid-19' Kini Semakin Aktif Di Kuantan, Tiada Kaitan Kluster Genting kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Empat Kluster Baharu 'Covid-19' Kini Semakin Aktif Di Kuantan, Tiada Kaitan Kluster Genting dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/12/empat-kluster-baharu-covid-19-kini.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Empat Kluster Baharu 'Covid-19' Kini Semakin Aktif Di Kuantan, Tiada Kaitan Kluster Genting"

Catat Ulasan

Loading...