Judul : Empat 'Kluster Aktif' Di Kuantan, Akhirnya Apa Yang Di Takuti Rakyat Kini Menjadi Kenyataan
link : Empat 'Kluster Aktif' Di Kuantan, Akhirnya Apa Yang Di Takuti Rakyat Kini Menjadi Kenyataan
Empat 'Kluster Aktif' Di Kuantan, Akhirnya Apa Yang Di Takuti Rakyat Kini Menjadi Kenyataan
KUANTAN - "Akhirnya apa yang ditakuti oleh warga Kuantan menjadi kenyataan". Pandemik Covid-19 mula merebak dengan cepat, beberapa hari selepas kerajaan tidak mahu mendengar suara rakyat marhaen yang menolak tindakan menjadikan Kompleks Sukan Pahang (SUKPA) di Bandar Indera Mahkota dekat sini sebagai Pusat Kuarantin Dan Rawatan Covid-19 (PKRC) bagi pesakit bukan warganegara dari Kluster Jalan Genting.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, aktivis masyarakat Mohd Shukri Mohd Ramli mahu kerajaan bertanggungjawab atas senario yang berlaku sekarang.
"Saya sekali lagi ulangi, apa yang ditakuti rakyat kini menjelma sudah. Empat kluster baru kini muncul dan aktif di Kuantan iaitu Kuster Atabara dan Kluster Inden di Indera Mahkota, Kluster Kuala (pusat bandar) dan Kluster Kristal (Sungai Karang).
"Semua kluster ini bukan jangkitan dari pesakit bukan warganegara kluster jalan Genting yang dikuarantin di Kompleks SUKPA. Namun, ini bukti bahawa kesilapan kerajaan membawa masuk mereka ke Kuantan iaitu Zon Hijau telah menyebabkan pandemik Covid-19 merebak dengan cepat di sini," kata Shukri.
Katanya, kini rakyat Kuantan mula hidup dalam ketakutan kerana memikirkan kawasan mereka sudah merebak sejenis virus yang boleh membunuh manusia.
Kenyataan Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pahang bahawa Zon Merah hanya di SUKPA, kita perlu betulkan persepsi masyarakat bahawa Kuantan bukan zon merah. Kita akan memastikan tahap keselamatan di sini (SUKPA) dikawal dan pesakit tidak bolos.
"Namun kini apa sudah jadi, SUKPA dikawal rapi tapi diluar kluster aktif semakin menjadi-jadi. Kerajaan pula mengarahkan warga Kuantan dan Indera Mahkota agar tidak keluar rumah dan tidak menghadiri majlis keramaian. Sedangkan pintu sempadan (rentas negeri) sudah dibuka seluas-luasnya untuk pelancong dari luar datang ke sini.
"Di SUKPA, kawalan ketat yang cukup rapi dibuat oleh pihak berkuasa untuk memastikan virus Covid-19 tidak merebak ke luar. Namun, di luar pematuhan SOP amat longgar dan pelancong dari luar secara terang-terangan melanggar peraturan terutamanya dari segi pemakaian mask (pelitup muka) dan penjarakkan sosial (1 meter). Inilah punca Kuantan kini ada empat kluster aktif," tambah beliau.
Sementara itu, beliau sekali lagi mengulangi bahawa rakyat bukan takut pesakit warga asing di SUKPA melompat keluar 'kawad duri'. Apa yang ditakuti ialah petugas barisan hadapan di sana membawa balik virus itu tanpa disedar, hingga ia boleh merebak dalam senyap.
Apa pun beliau berharap orang ramai tidak terlalu panik dan terus hidup dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
"Saya melihat, hanya di surau dan masjid SOP dipatuhi dengan baik terutamanya dari. segi pemakaian mask dan penjarakkan sosial. Tapi di tempat lain, peratutan ini sseolah-olah sudah tidak terpakai lagi. Mereka bebas melanggar SOP sesuka hati dan hanya akan patuh bila pihak berkuasa menjalanlan operasi di lokasi." tambah Shukri lagi.
Kerajaan pula katanya perlu mendengar suara majoriti rakyat sebelum mengambil sesuatu tindakan terutamannya dalam kes membawa masuk pesakit Covid-19 dari Genting Highlands ke Kuantan baru-baru ini.
"Usah memperjudikan nasib majoriti rakyat, semata-mata mahu menyelamatkan beberapa kerat warga asing yang bergejala. Sepatutnya mereka itu dikuarantin di Genting Highlands, bukan dibawa turun beratus kilometer ke kawasan hijau seperti Kuantan ini.
"Nasi sudah menjadi bubur, jangan sampai rakyat menolak kerajaan pada pilihanraya umum akan datang, gara-gara tindakan yang jelas tidak popular ini. Kerajaan perlu tegas menjaga kepentingan rakyat marhaen, bukan kepentingan beberapa kerat individu sahaja," dakwa Shukri lagi.
Ikuti kenyataan video beliau, sila like page FB beliau di https://ift.tt/2CbHhym #PahangDaily
Demikianlah Artikel Empat 'Kluster Aktif' Di Kuantan, Akhirnya Apa Yang Di Takuti Rakyat Kini Menjadi Kenyataan
Anda sekarang membaca artikel Empat 'Kluster Aktif' Di Kuantan, Akhirnya Apa Yang Di Takuti Rakyat Kini Menjadi Kenyataan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/12/empat-kluster-aktif-di-kuantan-akhirnya.html
0 Response to "Empat 'Kluster Aktif' Di Kuantan, Akhirnya Apa Yang Di Takuti Rakyat Kini Menjadi Kenyataan"
Catat Ulasan