Loading...

Lima Sekeluarga Nyaris Lemas Bot Terbalik Di Kg Gertak Buaya, Rantau Panjang Ahad Lalu !

Loading...
Lima Sekeluarga Nyaris Lemas Bot Terbalik Di Kg Gertak Buaya, Rantau Panjang Ahad Lalu ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lima Sekeluarga Nyaris Lemas Bot Terbalik Di Kg Gertak Buaya, Rantau Panjang Ahad Lalu !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lima Sekeluarga Nyaris Lemas Bot Terbalik Di Kg Gertak Buaya, Rantau Panjang Ahad Lalu !
link : Lima Sekeluarga Nyaris Lemas Bot Terbalik Di Kg Gertak Buaya, Rantau Panjang Ahad Lalu !

Baca juga


Lima Sekeluarga Nyaris Lemas Bot Terbalik Di Kg Gertak Buaya, Rantau Panjang Ahad Lalu !

 


RANTAU PANJANG – Berpantang ajal, sebelum maut. Itu peribahasa paling tepat untuk menggambarkan situasi lima sekeluarga yang terselamat selepas bot yang dinaiki mereka terbalik di Kampung Gertak Buaya di sini pada Ahad lalu.

Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, bot itu dipercayai terlanggar tunggul kayu sebelum ia hilang kawalan lalu terbalik.

Bagaimanapun, nasib menyebelahi mereka apabila bot-bot lain yang lalu di lokasi kejadian bertindak pantas untuk menghulurkan bantuan.

Saksi kejadian, Muhairi Muhammad, 42, berkata, sewaktu kejadian, dia telah melihat kelima-lima mangsa melambai-lambai tangan bagi meminta bantuan.

“Ketika itu, saya bersama dua anak dan seorang rakan sedang menaiki bot di kawasan tersebut terkejut melihat keadaan mereka itu lalu terus menyelamat mangsa.

“Sebelum kami sampai, saya dapati sebuah bot milik penduduk yang melalui lokasi kejadian telah merapati mangsa terlebih dahulu untuk menghulurkan bantuan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Difahamkan, mangsa yang terlibat itu sedang dalam perjalanan ke jalan utama untuk pulang ke Kuala Krai selepas mereka terperangkap dalam banjir di kampung berkenaan.

Terdahulu, video kejadian itu tular di media sosial selepas rakaman yang dimuat naik oleh Muhairi di Facebooknya menjadi tumpuan netizen

Mengulas lanjut, Muhairi memberitahu, dia bersama rakannya dan beberapa orang kampung telah berjaya menyelamatkan mangsa.

Katanya, dia bersyukur apabila semua mangsa selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Selepas itu, saya bersama dua anak perempuan iaitu Alya Nafisa, 16, dan Auni Nafisa, 9 dengan bantuan sebuah lagi bot telah menghantar mangsa ke kawasan darat.

“Saya memuat naik video itu bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan pemakaian jaket keselamatan sewaktu menaiki bot,” katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Lima Sekeluarga Nyaris Lemas Bot Terbalik Di Kg Gertak Buaya, Rantau Panjang Ahad Lalu !

Sekianlah artikel Lima Sekeluarga Nyaris Lemas Bot Terbalik Di Kg Gertak Buaya, Rantau Panjang Ahad Lalu ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lima Sekeluarga Nyaris Lemas Bot Terbalik Di Kg Gertak Buaya, Rantau Panjang Ahad Lalu ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/12/lima-sekeluarga-nyaris-lemas-bot.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Lima Sekeluarga Nyaris Lemas Bot Terbalik Di Kg Gertak Buaya, Rantau Panjang Ahad Lalu !"

Catat Ulasan

Loading...