Loading...

Abdul Hadi Sifatkan 'Berbalah' Pasal Jawatan PM Ketika Covid-19 Melanda, Kerja Mengarut !

Loading...
Abdul Hadi Sifatkan 'Berbalah' Pasal Jawatan PM Ketika Covid-19 Melanda, Kerja Mengarut ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Abdul Hadi Sifatkan 'Berbalah' Pasal Jawatan PM Ketika Covid-19 Melanda, Kerja Mengarut !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Abdul Hadi Sifatkan 'Berbalah' Pasal Jawatan PM Ketika Covid-19 Melanda, Kerja Mengarut !
link : Abdul Hadi Sifatkan 'Berbalah' Pasal Jawatan PM Ketika Covid-19 Melanda, Kerja Mengarut !

Baca juga


Abdul Hadi Sifatkan 'Berbalah' Pasal Jawatan PM Ketika Covid-19 Melanda, Kerja Mengarut !

 


KUALA LUMPUR  -- Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan  perbalahan mengenai jawatan perdana menteri ketika negara berdepan pandemik COVID-19 sebagai perbuatan mengarut dan tidak peka dengan kesusahan yang dihadapi rakyat.

Beliau berkata perbalahan itu hanya mengganggu usaha membantu rakyat yang terkesan oleh penularan pandemik tersebut, justeru harus dihentikan.

“Perkara yang tak patut kita buat pada masa ini, berbalah siapa nak jadi perdana menteri, nak lantik siapa perdana menteri.

“Suasana sebegini (ketika COVID-19) nak berbahas perkara itu (jawatan perdana menteri), nak cukup undi Parlimen, ini semua kerja-kerja mengarut. Tidak peka dengan wabak yang menimpa rakyat, ini mesti ditolak dan dicegah,” katanya dalam ucapan penangguhan webinar Proklamasi Darurat: Apakah Satu Keperluan? secara dalam talian di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata antara sebab perisytiharan darurat dibuat segera ialah bagi mengelakkan berlaku kemudaratan lebih besar di negara ini.

“Ada orang kata kenapa tidak dibincang dahulu, kita kena sedar bahawa darurat ini mudarat yang datang dengan segera, yang mesti dibendung dengan serta-merta, tidak boleh dibincang,” katanya,  menambah ada perkara yang boleh dibincangkan ketika darurat seperti tempoh tamat pelaksanaannya.

Pada 12 Jan lepas, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan hingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di Malaysia.

Seri Paduka memberi perkenan tempoh pelaksanaan darurat itu atau hingga ke suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan. #sumber



Demikianlah Artikel Abdul Hadi Sifatkan 'Berbalah' Pasal Jawatan PM Ketika Covid-19 Melanda, Kerja Mengarut !

Sekianlah artikel Abdul Hadi Sifatkan 'Berbalah' Pasal Jawatan PM Ketika Covid-19 Melanda, Kerja Mengarut ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Abdul Hadi Sifatkan 'Berbalah' Pasal Jawatan PM Ketika Covid-19 Melanda, Kerja Mengarut ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/01/abdul-hadi-sifatkan-berbalah-pasal.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Abdul Hadi Sifatkan 'Berbalah' Pasal Jawatan PM Ketika Covid-19 Melanda, Kerja Mengarut !"

Catat Ulasan

Loading...