Judul : Nafi Beliau 'Calon PM', Tok Mat Dakwa Berita Palsu Lebih Cepat Tersebar Daripada Covid-19
link : Nafi Beliau 'Calon PM', Tok Mat Dakwa Berita Palsu Lebih Cepat Tersebar Daripada Covid-19
Nafi Beliau 'Calon PM', Tok Mat Dakwa Berita Palsu Lebih Cepat Tersebar Daripada Covid-19
KUALA LUMPUR - Mohamad Hasan menafikan laporan berita konon beliau dipilih sebagai calon Perdana Menteri daripada gabungan Muafakat Nasional (MN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Timbalan Presiden UMNO itu menyifatkan penyebaran berita palsu lebih cepat berbanding penularan wabak Covid-19 sambil meminta orang ramai berhati-hati.
“Sila ambil maklum, ini adalah berita palsu (beliau dipilih calon Perdana Menteri MN). Berita palsu ‘lebih cepat’ tersebar berbanding virus Covid-19, berhati-hatilah,” katanya yang memuat naik laporan berita palsu itu di Facebooknya.
Penafian itu turut memaklumkan isu calon perdana menteri tidak dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.
Laporan palsu itu yang disiarkan pada 22 Jan lalu turut mendakwa, MKT UMNO bersetuju menamakan Mohamad sebagai calon Perdana Menteri MN dan mendapat undian tertinggi berbanding calon lain. #sumber
Demikianlah Artikel Nafi Beliau 'Calon PM', Tok Mat Dakwa Berita Palsu Lebih Cepat Tersebar Daripada Covid-19
Anda sekarang membaca artikel Nafi Beliau 'Calon PM', Tok Mat Dakwa Berita Palsu Lebih Cepat Tersebar Daripada Covid-19 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/01/nafi-beliau-calon-pm-tok-mat-dakwa.html
0 Response to "Nafi Beliau 'Calon PM', Tok Mat Dakwa Berita Palsu Lebih Cepat Tersebar Daripada Covid-19"
Catat Ulasan