Loading...

Hj Hadi Awang Mohon Batal Saman Berhubung Kenyataan "Menghasut" Penganut Agama Lain !

Loading...
Hj Hadi Awang Mohon Batal Saman Berhubung Kenyataan "Menghasut" Penganut Agama Lain ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hj Hadi Awang Mohon Batal Saman Berhubung Kenyataan "Menghasut" Penganut Agama Lain !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hj Hadi Awang Mohon Batal Saman Berhubung Kenyataan "Menghasut" Penganut Agama Lain !
link : Hj Hadi Awang Mohon Batal Saman Berhubung Kenyataan "Menghasut" Penganut Agama Lain !

Baca juga


Hj Hadi Awang Mohon Batal Saman Berhubung Kenyataan "Menghasut" Penganut Agama Lain !

 

KUALA LUMPUR --  Datuk Seri Abdul Hadi Awang memohon untuk membatalkan saman pemula dua penganut Kristian dari Sabah yang dikemukakan terhadapnya berhubung kenyataan dikeluarkan Presiden PAS itu yang didakwa menghasut penganut agama berkenaan yang diterbitkan dalam sebuah akhbar, lima tahun lalu.

Permohonan untuk membatalkan saman pemula itu difailkan Abdul Hadi selaku defendan menerusi Tetuan Yusfarizal Aziz &  Zaid semalam.

Peguam Yusfarizal Yussoff yang mewakili Abdul Hadi berkata mahkamah menetapkan 19 April ini untuk keputusan permohonan tersebut.

"Mahkamah juga memerintahkan kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis pada 11 Mac ini. Sekiranya terdapat hujahan lisan tambahan daripada kedua-dua pihak, ia juga akan dihujahkan pada tarikh sama (19 April)," katanya selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Akhtar Tahir yang dijalankan melalui aplikasi dalam talian hari ini.

Abdul Hadi mengemukakan permohonan untuk membatalkan saman pemula difailkan Maklin Masiau dan Lawrence Jomiji Kinsil @ Maximilhian selaku plaintif pertama dan kedua antaranya atas alasan saman itu tiada kausa tindakan yang munasabah, remeh, menyusahkan dan satu penyalahgunaan proses mahkamah.

Kedua-dua plaintif memfailkan saman pemula terhadap Abdul Hadi pada 9 Dis tahun lalu, antara lain memohon pengisytiharan bahawa Abdul Hadi telah melakukan tindakan hasutan yang bertentangan dengan Seksyen 3 Akta Hasutan 1948 dan pengisytiharan bahawa defendan tidak layak memegang sebarang jawatan dalam kerajaaan Malaysia termasuk suatu jawatan yang setara dengan jawatan menteri.

Saman itu difailkan atas alasan Abdul Hadi telah mengeluarkan satu penyataan menghasut penganut atau mubaligh Kristian yang telah diterbitkan dalam sebuah akhbar pada 18 Jan 2016 dan kemudiannya dilaporkan oleh sebuah portal pada hari sama. #sumber



Demikianlah Artikel Hj Hadi Awang Mohon Batal Saman Berhubung Kenyataan "Menghasut" Penganut Agama Lain !

Sekianlah artikel Hj Hadi Awang Mohon Batal Saman Berhubung Kenyataan "Menghasut" Penganut Agama Lain ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hj Hadi Awang Mohon Batal Saman Berhubung Kenyataan "Menghasut" Penganut Agama Lain ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/01/hj-hadi-awang-mohon-batal-saman.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Hj Hadi Awang Mohon Batal Saman Berhubung Kenyataan "Menghasut" Penganut Agama Lain !"

Catat Ulasan

Loading...