Judul : Jabatan Perhutanan Pahang Dakwa Tidak Ada Aktiviti Pembalakan Di Taman Negeri Rompin
link : Jabatan Perhutanan Pahang Dakwa Tidak Ada Aktiviti Pembalakan Di Taman Negeri Rompin
Jabatan Perhutanan Pahang Dakwa Tidak Ada Aktiviti Pembalakan Di Taman Negeri Rompin
KUANTAN-- Tiada kebenaran membalak dikeluarkan atau aktiviti pembalakan sedang berjalan di Taman Negeri Rompin (TNR), kira-kira 180 kilometer (km) dari sini, seperti dakwaan yang tular di media sosial sejak dua hari lepas.
Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) memaklumkan TNR diklasifikasi sebagai hutan perlindungan di bawah Seksyen 10 (1) Akta Perhutanan Negara 1984 yang tidak membenarkan sebarang aktiviti pembalakan komersial dijalankan.
Sehubungan itu, JPNP berkata aktiviti pengusahasilan hutan yang ditularkan itu kemungkinan berlaku dalam kawasan yang diluluskan pembalakan di hutan tanah kerajaan, Mukim Endau/Pontian, Daerah Rompin kira-kira tiga km dari sempadan TNR.
Terdapat zon penampan selebar 1.5 km yang diwujudkan di sepanjang sempadan TNR dengan kawasan sekitarnya, dengan tiada aktiviti pembalakan dibenarkan dalam zon tersebut bagi menjaga persekitaran taman negeri.
"Selain itu, pemantauan dan semakan juga kerap dilakukan oleh kakitangan Jabatan Perhutanan bagi memastikan aktiviti pembalakan di kawasan tersebut tidak melanggar syarat dan sempadan yang ditetapkan," menurut JPNP menerusi kenyataan kepada Bernama di sini, hari ini. #sumber
Demikianlah Artikel Jabatan Perhutanan Pahang Dakwa Tidak Ada Aktiviti Pembalakan Di Taman Negeri Rompin
Anda sekarang membaca artikel Jabatan Perhutanan Pahang Dakwa Tidak Ada Aktiviti Pembalakan Di Taman Negeri Rompin dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/01/jabatan-perhutanan-pahang-dakwa-tidak.html
0 Response to "Jabatan Perhutanan Pahang Dakwa Tidak Ada Aktiviti Pembalakan Di Taman Negeri Rompin"
Catat Ulasan