Loading...

Mangsa Banjir Di Pahang Terus Mendapat Perhatian Daripada Yang di-Pertuan Agong

Loading...
Mangsa Banjir Di Pahang Terus Mendapat Perhatian Daripada Yang di-Pertuan Agong - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mangsa Banjir Di Pahang Terus Mendapat Perhatian Daripada Yang di-Pertuan Agong, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mangsa Banjir Di Pahang Terus Mendapat Perhatian Daripada Yang di-Pertuan Agong
link : Mangsa Banjir Di Pahang Terus Mendapat Perhatian Daripada Yang di-Pertuan Agong

Baca juga


Mangsa Banjir Di Pahang Terus Mendapat Perhatian Daripada Yang di-Pertuan Agong

 

KUALA LUMPUR -- Nasib mangsa banjir di Pahang terus mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, apabila baginda berangkat ke pusat pemindahan sementara (PPS) Kampung Serambi, Pekan, hari ini.

Seri Paduka yang diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan tiga anakanda Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah, Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah, turut kelihatan menyantuni penduduk kampung berkenaan dengan bertanya khabar.

Dalam lawatan berkenaan, Seri Paduka Berdua turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada penduduk yang terjejas, bagi meringankan beban yang ditanggung akibat bencana banjir.

Dalam pada itu, badan korporat, sukarelawan dan badan bukan kerajaan (NGO) dari negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) khususnya zon merah, tidak dibenarkan melakukan aktiviti pasca banjir di Pahang.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, selain zon merah atau negeri dikenakan PKP, pihak terlibat perlu berdaftar di https://ebanjir.pahang.gov.my, serta wajib mendapatkan kelulusan merentas negeri daripada polis.

Sementara itu, situasi banjir di Sarawak kian serius apabila jumlah mangsa banjir di negeri itu mencatatkan peningkatan, dengan jumlah keseluruhan pusat pemindahan sementara (PPS)  yang beroperasi kini 33.

Kuching mencatatkan jumlah tertinggi dengan 1,179 mangsa, termasuk seorang bayi berusia lapan bulan yang mempunyai masalah jantung berlubang, yang ditempatkan di pusat pemindahan di daerah itu.

Bagaimanapun, keadaan banjir di Sabah, Pahang dan Johor, semakin pulih apabila jumlah mangsa di PPS berkurangan, manakala banjir di Kelantan pula pulih sepenuhnya, selepas pusat pemindahan  terakhir di jajahan Pasir Mas menamatkan operasinya petang ini.

Kesemua mangsa yang terjejas di jajahan Pasir Mas itu telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing sekitar 6 petang tadi, berikutan keadaan cuaca baik dan tiada hujan sejak beberapa hari lepas. #sumber



Demikianlah Artikel Mangsa Banjir Di Pahang Terus Mendapat Perhatian Daripada Yang di-Pertuan Agong

Sekianlah artikel Mangsa Banjir Di Pahang Terus Mendapat Perhatian Daripada Yang di-Pertuan Agong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mangsa Banjir Di Pahang Terus Mendapat Perhatian Daripada Yang di-Pertuan Agong dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/01/mangsa-banjir-di-pahang-terus-mendapat.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Mangsa Banjir Di Pahang Terus Mendapat Perhatian Daripada Yang di-Pertuan Agong"

Catat Ulasan

Loading...