Judul : UMNO Paya Besar Rayu Agong Pertimbangkan Tadbir Urus Negara Ini Bebas Daripada Politik
link : UMNO Paya Besar Rayu Agong Pertimbangkan Tadbir Urus Negara Ini Bebas Daripada Politik
UMNO Paya Besar Rayu Agong Pertimbangkan Tadbir Urus Negara Ini Bebas Daripada Politik
KUANTAN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dirayu mempertimbangkan tadbir urus negara bebas dari pengaruh politik susulan proklamasi darurat yang diisytiharkan kelmarin.
Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman berkata, beliau mencadangkan supaya tadbir urus negara melalui Ketua Setiausaha Negara (KSN) ataupun Majlis Gerakan Negara (Mageran) sehingga wujudnya pakatan yang kuat dan terbaik antara parti-parti politik di negara ini.
“Politik bersih, berwibawa, beretika kesan daripada mekanisme yang dicadangkan itu, akan menimbulkan keyakinan negara luar yang pastinya akan membantu kita mendapatkan pelaburan luar dan syarikat antarabangsa tentu akan yakin dengan kebebasan dan keupayaan negara, politik khususnya terlepas dari perkara yang boleh merosakkan keyakinan rakyat.
“Dalam situasi politik negara ketika ini yang mana rakyat semakin muak melihatnya, saya rasa cara ini (serahkan pentadbiran negara kepada bukan orang politik buat sementara waktu) adalah yang terbaik sehingga benar-benar wujud satu permuafakatan yang utuh antara parti politik di negara ini,” katanya. #sumber
Demikianlah Artikel UMNO Paya Besar Rayu Agong Pertimbangkan Tadbir Urus Negara Ini Bebas Daripada Politik
Anda sekarang membaca artikel UMNO Paya Besar Rayu Agong Pertimbangkan Tadbir Urus Negara Ini Bebas Daripada Politik dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/01/umno-paya-besar-rayu-agong.html
0 Response to "UMNO Paya Besar Rayu Agong Pertimbangkan Tadbir Urus Negara Ini Bebas Daripada Politik"
Catat Ulasan