Loading...

Sembilan Mangsa Lemas, Pacuan Empat Roda Hilang Kawalan Sebelum Terjatuh Ke Sungai !

Loading...
Sembilan Mangsa Lemas, Pacuan Empat Roda Hilang Kawalan Sebelum Terjatuh Ke Sungai ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sembilan Mangsa Lemas, Pacuan Empat Roda Hilang Kawalan Sebelum Terjatuh Ke Sungai !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sembilan Mangsa Lemas, Pacuan Empat Roda Hilang Kawalan Sebelum Terjatuh Ke Sungai !
link : Sembilan Mangsa Lemas, Pacuan Empat Roda Hilang Kawalan Sebelum Terjatuh Ke Sungai !

Baca juga


Sembilan Mangsa Lemas, Pacuan Empat Roda Hilang Kawalan Sebelum Terjatuh Ke Sungai !

 

KUCHING - Pacuan empat roda yang terhumban ke Sungai Batang Lupar di Jeti Feri Triso, kira-kira 120km dari sini, dikatakan hilang kawalan sebelum terjatuh ke sungai dan mengorbankan sembilan penumpang dan pemandunya.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Bingkok John berkata, kenderaan jenis Ford Ranger yang dipandu Ronany Ting, 33, itu dalam perjalanan dari Kapit ke Kuching menggunakan Jalan Beladin-Meludam.

“Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu dipercayai gagal mengawal pergerakan kenderaan menyebabkan ia terbabas dan menggelongsor ke dalam (Sungai) Batang Lupar,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, orang ramai di kawasan jeti itu sempat mengikat kenderaan terbabit dengan rantai besi dan menariknya bagi menghalang ia tenggelam sebelum mengeluarkan semua mangsa.

“Siasatan punca kejadian dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (Sri Aman). Semua mayat dibawa ke Hospital Sri Aman untuk dibedah siasat.”

Selain Ting, tragedi kira-kira 3 petang itu turut mengorbankan lapan penumpang – Siti Aisha Abdullah, 36; tiga remaja dikenal pasti sebagai Nor Shuhada Mohamad, 16; Khairunnisa Muhamad, 14; Alvin Phang, 12, dan tiga kanak-kanak lelaki, iaitu Wallace Phang,7; Mohd Aiman Mohd Hamdan, 7, dan Muhd Mustaqim Mohd Hamdan, 5.

Tragedi itu turut meragut nyawa seorang bayi lelaki berusia empat bulan yang dikenal pasti sebagai Mohd Ahmad Mohd Hamdan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Batang Lupar, Rohani Abdul Karim mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. #sumber



Demikianlah Artikel Sembilan Mangsa Lemas, Pacuan Empat Roda Hilang Kawalan Sebelum Terjatuh Ke Sungai !

Sekianlah artikel Sembilan Mangsa Lemas, Pacuan Empat Roda Hilang Kawalan Sebelum Terjatuh Ke Sungai ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sembilan Mangsa Lemas, Pacuan Empat Roda Hilang Kawalan Sebelum Terjatuh Ke Sungai ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/01/sembilan-mangsa-lemas-pacuan-empat-roda.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sembilan Mangsa Lemas, Pacuan Empat Roda Hilang Kawalan Sebelum Terjatuh Ke Sungai !"

Catat Ulasan

Loading...