Judul : Seorang Penerjun 'Maut Terjatuh', Gagal Kawal Payung Terjunnya Ketika Latihan Di Putrajaya !
link : Seorang Penerjun 'Maut Terjatuh', Gagal Kawal Payung Terjunnya Ketika Latihan Di Putrajaya !
Seorang Penerjun 'Maut Terjatuh', Gagal Kawal Payung Terjunnya Ketika Latihan Di Putrajaya !
PUTRAJAYA - Seorang peserta terjun tapak maut selepas dipercayai terjatuh ketika melakukan latihan payung terjun dari bangunan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.
Dalam kejadian 5.35 petang itu, Azuan Taharudin, 49, bersama tujuh penerjun dari pasukan Perbadanan Putrajaya (PPj) sedang menjalani latihan terjunan tapak sempena Hari Wilayah 2021.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Mohd Fadzil Ali berkata, ketika melakukan terjunan, mangsa gagal mengawal payung terjunnya dan jatuh di sisi bangunan itu.
“Mangsa yang parah dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan dan kemudian disahkan meninggal dunia 6.10 petang,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata, latihan Terjun Tapak 2021 itu dikelolakan pegawai PPj dan melibatkan penerjun pelbagai agensi, termasuk agensi berkenaan.
“Bagaimanapun, penganjur tidak membuat sebarang pemakluman kepada pihak berkuasa, termasuk polis ketika latihan diadakan.” #sumber
Demikianlah Artikel Seorang Penerjun 'Maut Terjatuh', Gagal Kawal Payung Terjunnya Ketika Latihan Di Putrajaya !
Anda sekarang membaca artikel Seorang Penerjun 'Maut Terjatuh', Gagal Kawal Payung Terjunnya Ketika Latihan Di Putrajaya ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/01/seorang-penerjun-maut-terjatuh-gagal.html
0 Response to "Seorang Penerjun 'Maut Terjatuh', Gagal Kawal Payung Terjunnya Ketika Latihan Di Putrajaya !"
Catat Ulasan