Loading...

Banjir: PSAP Sambut Baik Keputusan Kerajaan Pahang Setuju Beri Sumbangan Tunai RM500 !

Loading...
Banjir: PSAP Sambut Baik Keputusan Kerajaan Pahang Setuju Beri Sumbangan Tunai RM500 ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Banjir: PSAP Sambut Baik Keputusan Kerajaan Pahang Setuju Beri Sumbangan Tunai RM500 !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Banjir: PSAP Sambut Baik Keputusan Kerajaan Pahang Setuju Beri Sumbangan Tunai RM500 !
link : Banjir: PSAP Sambut Baik Keputusan Kerajaan Pahang Setuju Beri Sumbangan Tunai RM500 !

Baca juga


Banjir: PSAP Sambut Baik Keputusan Kerajaan Pahang Setuju Beri Sumbangan Tunai RM500 !

 

KUANTAN - Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP) menyambut baik keputusan Kerajaan Pahang bersetuju membuat sumbangan tunai RM500 bagi setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpindah ke Pusat-pusat Pemindahan Sementara (PPS) serta rumah saudara-mara, susulan terkesan bencana banjir pada Januari lepas.

Presidennya Haslihelmy DM Zulhasli berkata sumbangan wang tunai dengan nilai sama juga akan diberikan kepada peniaga-peniaga di gerai-gerai dan rumah kedai-rumah kedai, yang turut mengalami bencana sama di seluruh negeri.

"Tentunya sumbangan itu begitu membantu 18,726 orang yang menerima sumbangan yang keseluruhan melibatkan peruntukan kira-kira RM9.4 juta.

"Banjir yang berlaku pada Januari lalu meninggalkan pelbagai kesan mendalam terhadap orang ramai termasuk golongan peniaga," katanya.

Beliau turut menegaskan ada dalam kalangan Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas pendapatan kerana banjir yang berlaku
merosakkan peralatan rumah dan dalam masa yang sama tidak dapat bekerja ekoran COVID-19.

"Selain itu terdapat juga golongan peniaga yang peralatan kedai mereka rosak akibat banjir. Dalam proses pemulihan pasca banjir pada ketika ini tentunya mereka mengharapkan bantuan bagi meringankan beban ditanggung.," dakwa beliau lagi.

PSAP juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Negeri Pahang pimpinan Menteri Besar, Dato' Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail kerana cakna dengan nasib yang menimpa mangsa banjir di negeri ini.

Beliau turut berharap sumbangan wang tunai berkenaan dimanfaatkan sebaik mungkin dan dapat membantu memulihkan kehidupan rakyat yang terjejas.

Dalam masa yang sama, PSAP turut memohon kepada Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail supaya membantu anak-anak sekolah yang memerlukan peralatan digital untuk Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

"Tidak semua golongan ibu bapa senang dan memiliki telefon pintar, laptop ataupun komputer bagi melaksanakan proses PdPR," tambahnya.

PSAP turut menerima rintihan daripada golongan ibu bapa yang mampu menyediakan peralatan digital bagi membolehkan anak mereka belajar secara online.

" Jadi, PSAP berharap kerajaan negeri dapat mempertimbangkan untuk membantu golongan ibu bapa yang begitu memerlukan," dakwa Presiden PSAP itu lagi. #PahangDaily



Demikianlah Artikel Banjir: PSAP Sambut Baik Keputusan Kerajaan Pahang Setuju Beri Sumbangan Tunai RM500 !

Sekianlah artikel Banjir: PSAP Sambut Baik Keputusan Kerajaan Pahang Setuju Beri Sumbangan Tunai RM500 ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Banjir: PSAP Sambut Baik Keputusan Kerajaan Pahang Setuju Beri Sumbangan Tunai RM500 ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/02/banjir-psap-sambut-baik-keputusan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Banjir: PSAP Sambut Baik Keputusan Kerajaan Pahang Setuju Beri Sumbangan Tunai RM500 !"

Catat Ulasan

Loading...