Loading...

Perintah Bela Diri: Peguam Rosmah Mendakwa Beliau Sedih, 'Tertekan' Keputusan Mahkamah !

Loading...
Perintah Bela Diri: Peguam Rosmah Mendakwa Beliau Sedih, 'Tertekan' Keputusan Mahkamah ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perintah Bela Diri: Peguam Rosmah Mendakwa Beliau Sedih, 'Tertekan' Keputusan Mahkamah !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perintah Bela Diri: Peguam Rosmah Mendakwa Beliau Sedih, 'Tertekan' Keputusan Mahkamah !
link : Perintah Bela Diri: Peguam Rosmah Mendakwa Beliau Sedih, 'Tertekan' Keputusan Mahkamah !

Baca juga


Perintah Bela Diri: Peguam Rosmah Mendakwa Beliau Sedih, 'Tertekan' Keputusan Mahkamah !

 

KUALA LUMPUR - Datin Seri Rosmah Mansor dilihat sedih dan tertekan dengan keputusan Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, yang memerintahkannya membela diri atas tuduhan rasuah membabitkan projek tenaga solar bagi 369 sekolah di pedalaman Sarawak.

Isteri bekas perdana menteri itu terpaksa ditenangkan oleh barisan peguam bela selepas Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu kira-kira jam 10 pagi.

Perkara itu dimaklumkan peguam Datuk Jagjit Singh yang mewakili Rosmah ketika ditemui media di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Jagjit berkata Rosmah akan tetap melawan semua pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

"Beliau secara jujur sangat sedih dan tertekan.

"Kami memaklumkan kepadanya untuk pulang ke rumah bagi menghilangkan tekanan dan berehat saja," katanya.

Sepanjang prosiding keputusan itu hari ini, Rosmah yang hadir ke mahkamah berbaju kurung dan selendang kuning dilihat hanya mendiamkan diri.

Pada 11 Disember lalu, pihak pendakwaan menutup kes selepas memanggil seramai 23 saksi bagi memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula pada 5 Februari tahun lalu.

Pada 15 November 2018, Rosmah, 69, mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Saidi menerusi bekas Rizal bagi projek membekalkan tenaga solar bernilai RM1.25 bilion kepada 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di tiga tempat berasingan iaitu di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta; di kediaman Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya, antara Januari 2016 dan 7 September 2017.

Rosmah didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Semua kes itu dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan yang bermula 5 Februari tahun lalu. #sumber



Demikianlah Artikel Perintah Bela Diri: Peguam Rosmah Mendakwa Beliau Sedih, 'Tertekan' Keputusan Mahkamah !

Sekianlah artikel Perintah Bela Diri: Peguam Rosmah Mendakwa Beliau Sedih, 'Tertekan' Keputusan Mahkamah ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Perintah Bela Diri: Peguam Rosmah Mendakwa Beliau Sedih, 'Tertekan' Keputusan Mahkamah ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/02/perintah-bela-diri-peguam-rosmah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Perintah Bela Diri: Peguam Rosmah Mendakwa Beliau Sedih, 'Tertekan' Keputusan Mahkamah !"

Catat Ulasan

Loading...