Loading...

Covid-19: Kerajaan Negeri Pahang Sediakan Pusat Kuarantin Khas Bagi Para Pelajar SPM

Loading...
Covid-19: Kerajaan Negeri Pahang Sediakan Pusat Kuarantin Khas Bagi Para Pelajar SPM - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Covid-19: Kerajaan Negeri Pahang Sediakan Pusat Kuarantin Khas Bagi Para Pelajar SPM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Covid-19: Kerajaan Negeri Pahang Sediakan Pusat Kuarantin Khas Bagi Para Pelajar SPM
link : Covid-19: Kerajaan Negeri Pahang Sediakan Pusat Kuarantin Khas Bagi Para Pelajar SPM

Baca juga


Covid-19: Kerajaan Negeri Pahang Sediakan Pusat Kuarantin Khas Bagi Para Pelajar SPM

 

KUANTAN – Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri ini daripada keluarga yang positif Covid-19 akan ditempatkan di sebuah pusat kuarantin khas bagi menduduki peperiksaan yang dijadual bermula 22 Februari ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, buat permulaan kerajaan negeri mengambil inisiatif mewujudkan pusat kuarantin di Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) di sini yang diaktifkan bermula semalam.

“Pusat ini diwujudkan bagi memudahkan mereka mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dengan lebih selesa dan berkesan.

“Ia khusus untuk pelajar yang bakal menduduki SPM bermula 22 Februari ini kerana kita mahu mereka fokus untuk belajar dalam suasana yang kondusif,” katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau pusat kuarantin berkenaan di KUIPSAS di sini hari ini.

Pada kunjungan itu, Wan Rosdy turut mengambil kesempatan berbual dan bertanya khabar dengan pelajar yang ditempatkan di situ menerusi interkom.

Menurutnya, pusat itu diwujudkan susulan peningkatan kes Covid-19 di daerah ini terutama membabitkan kakitangan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).

Beliau memberitahu, buat permulaan seramai 19 pelajar ditempatkan di situ bermula semalam yang terdiri daripada 12 lelaki dan tujuh perempuan.

Dalam pada itu, Wan Rosdy berkata, penempatan itu adalah berdasarkan keperluan prosedur operasi standard (SOP) termasuk dari segi penjarakan fizikal.

Beliau berkata, kesemua pelajar berkenaan disediakan internet untuk mereka mengikuti PdPR, serta makan dan minum secukupnya yang diselaraskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Telah ditetapkan, satu bilik bagi seorang pelajar, KUIPSAS menyediakan 200 bilik di sini.

“Saya telah minta supaya dipastikan kesemua mereka terus ditempatkan di sini sehingga habis menduduki SPM. Selepas didapati rumah mereka bersih dan bebas dari wabak Covid-19, baharulah mereka dibenarkan pulang. Kita tidak mahu di sini mereka negatif tapi dijangkiti apabila pulang ke rumah,”ujarnya.  #sumber



Demikianlah Artikel Covid-19: Kerajaan Negeri Pahang Sediakan Pusat Kuarantin Khas Bagi Para Pelajar SPM

Sekianlah artikel Covid-19: Kerajaan Negeri Pahang Sediakan Pusat Kuarantin Khas Bagi Para Pelajar SPM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Covid-19: Kerajaan Negeri Pahang Sediakan Pusat Kuarantin Khas Bagi Para Pelajar SPM dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/02/covid-19-kerajaan-negeri-pahang.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Covid-19: Kerajaan Negeri Pahang Sediakan Pusat Kuarantin Khas Bagi Para Pelajar SPM"

Catat Ulasan

Loading...