Loading...

Felda Jengka 20 Di Kenakan Perintah Kawalan Keselamatan Lokaliti Sehingga 18 Februari Ini

Loading...
Felda Jengka 20 Di Kenakan Perintah Kawalan Keselamatan Lokaliti Sehingga 18 Februari Ini - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Felda Jengka 20 Di Kenakan Perintah Kawalan Keselamatan Lokaliti Sehingga 18 Februari Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Felda Jengka 20 Di Kenakan Perintah Kawalan Keselamatan Lokaliti Sehingga 18 Februari Ini
link : Felda Jengka 20 Di Kenakan Perintah Kawalan Keselamatan Lokaliti Sehingga 18 Februari Ini

Baca juga


Felda Jengka 20 Di Kenakan Perintah Kawalan Keselamatan Lokaliti Sehingga 18 Februari Ini

 

MARAN – Felda Jengka 20 di sini dikenakan Perintah Kawalan Keselamatan Lokaliti (PKKL) bermula semalam sehingga 18 Februari ini susulan peningkatan kes positif Covid-19 di tanah rancangan itu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Mohamed Said berkata, sehingga kini terdapat 14 penduduk di Felda berkenaan disahkan positif Covid-19 manakala seramai 35 individu dikuarantin.

“Kes pertama positif Covid-19 di Felda ini dikesan pada 28 Januari lalu dan sehingga terkini seramai 35 individu bergejala dikuarantin di rumah masing-masing dan dipakaikan gelang merah.

“Seramai 11 pesakit perempuan telah dihantar menjalani rawatan di Kolej Jururawat Kuantan manakala tiga lelaki dihantar ke Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (SUKPA) Kuantan,”katanya selepas taklimat pelaksanaan PKKL di Felda Jengka 20 di sini, hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Norzamri Abdul Rahman.

Menurut Ismail, semalam PKKL hanya membabitkan enam lorong blok di Felda Jengka 20 melibatkan 150 buah rumah tetapi diperluaskan ke seluruh penduduk felda berkenaan hari ini.

Beliau memberitahu, Felda Jengka 20 yang terletak di kawasan Felda Wilayah Jengka mempunyai 435 buah rumah peneroka dan 15 buah rumah kakitangan Felda.

Dalam pada itu, beliau berkata, sehingga kini terdapat lapan tanah rancangan di Felda Wilayah Jengka yang merekodkan kes positif Covid-19. #sumber



Demikianlah Artikel Felda Jengka 20 Di Kenakan Perintah Kawalan Keselamatan Lokaliti Sehingga 18 Februari Ini

Sekianlah artikel Felda Jengka 20 Di Kenakan Perintah Kawalan Keselamatan Lokaliti Sehingga 18 Februari Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Felda Jengka 20 Di Kenakan Perintah Kawalan Keselamatan Lokaliti Sehingga 18 Februari Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/02/felda-jengka-20-di-kenakan-perintah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Felda Jengka 20 Di Kenakan Perintah Kawalan Keselamatan Lokaliti Sehingga 18 Februari Ini"

Catat Ulasan

Loading...