Loading...

Dua Pelajar "Perakaunan" Universiti Teknologi Mara (UiTM) Antara 10 Yang Terbaik Di Dunia

Loading...
Dua Pelajar "Perakaunan" Universiti Teknologi Mara (UiTM) Antara 10 Yang Terbaik Di Dunia - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dua Pelajar "Perakaunan" Universiti Teknologi Mara (UiTM) Antara 10 Yang Terbaik Di Dunia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dua Pelajar "Perakaunan" Universiti Teknologi Mara (UiTM) Antara 10 Yang Terbaik Di Dunia
link : Dua Pelajar "Perakaunan" Universiti Teknologi Mara (UiTM) Antara 10 Yang Terbaik Di Dunia

Baca juga


Dua Pelajar "Perakaunan" Universiti Teknologi Mara (UiTM) Antara 10 Yang Terbaik Di Dunia

 

KUALA LUMPUR - Dua pelajar Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi MARA (UiTM) melakar kecemerlangan apabila tersenarai antara 10 terbaik dunia dalam peperiksaan The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) dan Certified Accounting Technician (CAT) pada Dis lepas.

UiTM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan dua pelajar berkenaan adalah Fatin Najwa Azman, 22, pelajar semester kelima program ACCA dan Putera Aiman Abdul Rashid, 19, pelajar semester akhir program CAT.

Fatin Najwa mendapat tempat pertama di Malaysia dan kesembilan dunia bagi peperiksaan Audit and Assurance (AA) manakala Putera Aiman memperoleh tempat pertama dan kedua dunia bagi peperiksaan Maintaning Financial Records (FA2).

Dalam kenyataan sama, Dekan Fakulti Perakaunan, Prof Dr Haslinda Yusoff berkata kedua-dua pelajar tersebut amat komited dan berdedikasi dalam pelajaran ditambah suasana pembelajaran yang positif.

“Pihak fakulti amat proaktif dalam memupuk suasana pembelajaran yang berkesan. Sistem pengajaran dan pembelajaran yang efektif di UiTM merupakan kombinasi dalam kejayaan pelajar.

“Kejayaan ini juga turut membuktikan kecemerlangan bumiputera dalam bidang perakauan. Ia boleh dijadikan rangsangan bagi melahirkan lebih ramai profesional perakaunan bumiputera terbaik di dunia,” katanya.

Haslinda berkata kedua-dua pelajar berkenaan juga diharap dapat menjadi pemangkin kepada semua warga UiTM untuk terus memberikan yang terbaik demi menjadikan universiti itu sebuah institusi pendidikan unggul dunia.

UiTM merupakan universiti awam pertama di Malaysia menerima ACCA Platinum Award sejak Julai 2011 dan terus berperanan sebagai institusi pengajian awam utama dalam mendokong pencapaian aspirasi negara untuk menghasilkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030. #sumber



Demikianlah Artikel Dua Pelajar "Perakaunan" Universiti Teknologi Mara (UiTM) Antara 10 Yang Terbaik Di Dunia

Sekianlah artikel Dua Pelajar "Perakaunan" Universiti Teknologi Mara (UiTM) Antara 10 Yang Terbaik Di Dunia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dua Pelajar "Perakaunan" Universiti Teknologi Mara (UiTM) Antara 10 Yang Terbaik Di Dunia dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/02/dua-pelajar-perakaunan-universiti.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Dua Pelajar "Perakaunan" Universiti Teknologi Mara (UiTM) Antara 10 Yang Terbaik Di Dunia"

Catat Ulasan

Loading...