Loading...

Pakatan Harapan (PH) Tak Mahu Pilihan Raya Umum, Cuma Mahu Mandat Mereka Kembali !

Loading...
Pakatan Harapan (PH) Tak Mahu Pilihan Raya Umum, Cuma Mahu Mandat Mereka Kembali ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pakatan Harapan (PH) Tak Mahu Pilihan Raya Umum, Cuma Mahu Mandat Mereka Kembali !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pakatan Harapan (PH) Tak Mahu Pilihan Raya Umum, Cuma Mahu Mandat Mereka Kembali !
link : Pakatan Harapan (PH) Tak Mahu Pilihan Raya Umum, Cuma Mahu Mandat Mereka Kembali !

Baca juga


Pakatan Harapan (PH) Tak Mahu Pilihan Raya Umum, Cuma Mahu Mandat Mereka Kembali !

 

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) kekal dengan pendirian tidak mahu pilihan raya umum (PRU) diadakan, sebaliknya mahu mandat rakyat dikembalikan.

Dalam satu kenyataan bersama, tiga setiausaha parti dalam gabungan PH mempertikai kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sering membangkitkan isu pilihan raya.

"Amat jelas rakyat Malaysia tidak inginkan pilihan raya pada waktu ini, tetapi mahu kestabilan politik untuk menyelesai isu pandemik dan ekonomi.

"Maka PH kekal dengan pendirian bahawa pilihan raya tidak diperlukan memandangkan mandat yang diberikan rakyat pada PRU-14 adalah sah sehingga 2023.

"Yang diperlukan adalah pengembalian mandat tersebut kepada pihak yang sepatutnya, pada kadar segera," katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan tersebut ditandatangani Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung Amanah, Datuk Wira Dr Hatta Ramli dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Loke Siew Foke.

Kerajaan PH tumbang selepas Bersatu yang dipimpin Muhyiddin Yassin dan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama kumpulannya menarik sokongan terhadap PH.

Pada bulan Mac, Muhyiddin membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersama dengan UMNO, PAS, GPS dan parti dari Sabah.

Bagaimanapun kini kedudukan kerajaan PN menjadi pertikaian kerana dikatakan sudah hilang majoriti.

Ia susulan tiga ahli parlimen BN iaitu, Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Sri Nazri Aziz dan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menarik sokongan terhadap Muhyiddin.

Kisah korban Covid-19: Perginya jururawat cekal lepas lahirkan anak kelima
Apa jadi jawatankuasa darurat?

Dalam pada itu, Majlis Presiden PH turut membincangkan isu Jawatankuasa khas bebas darurat yang telah diumum pada 12 Januari lalu.

"Senarai nama telah diberi kepada pihak kerajaan pada 21Januari lalu, iaitu lebih dua minggu yang lalu.

"Namun sehingga hari ini kami belum menerima sebarang maklum balas berkenaan pengaktifan jawatankuasa tersebut.

"Ini amat mendukacitakan kerana kami diberi gambaran bahawa jawatankuasa ini penting untuk meneliti keadaan semasa bagi membuat pengesyoran berkaitan penamatan darurat," kata kenyataan itu lagi. #sumber



Demikianlah Artikel Pakatan Harapan (PH) Tak Mahu Pilihan Raya Umum, Cuma Mahu Mandat Mereka Kembali !

Sekianlah artikel Pakatan Harapan (PH) Tak Mahu Pilihan Raya Umum, Cuma Mahu Mandat Mereka Kembali ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pakatan Harapan (PH) Tak Mahu Pilihan Raya Umum, Cuma Mahu Mandat Mereka Kembali ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/02/pakatan-harapan-ph-tak-mahu-pilihan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pakatan Harapan (PH) Tak Mahu Pilihan Raya Umum, Cuma Mahu Mandat Mereka Kembali !"

Catat Ulasan

Loading...