Loading...

KPDNHEP Akan Kemuka Permohonan Benarkan Makan Di Premis Sepanjang PKP !

Loading...
KPDNHEP Akan Kemuka Permohonan Benarkan Makan Di Premis Sepanjang PKP ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KPDNHEP Akan Kemuka Permohonan Benarkan Makan Di Premis Sepanjang PKP !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KPDNHEP Akan Kemuka Permohonan Benarkan Makan Di Premis Sepanjang PKP !
link : KPDNHEP Akan Kemuka Permohonan Benarkan Makan Di Premis Sepanjang PKP !

Baca juga


KPDNHEP Akan Kemuka Permohonan Benarkan Makan Di Premis Sepanjang PKP !

 

KUALA BERANG -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengemukakan permohonan supaya aktiviti 'dine-in' atau makan dalam kawasan premis menjual makanan dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Timbalan Menterinya Datuk Rosol Wahid berkata permohonan itu akan dikemukakan kepada Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atau Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat.

Beliau berkata permohonan itu dibuat bagi membela kebajikan bukan sahaja pengusaha premis makanan dan peniaga trak makanan, malah pekerja, pembekal dan pemborong bahan makanan serta sesiapa sahaja yang terlibat dalam industri makanan.

“Bagi setiap satu premis yang dibenarkan ‘dine-in’, ia dapat membantu memulihkan ekonomi dan kehidupan sekurang-kurangnya lima individu yang terlibat dalam rantaian pembekal barangan dan bahan mentah,” katanya kepada pemberita selepas meninjau jualan kedai runcit bergerak ‘Prihatin Mart’ di Dataran Kampung Langgar, di sini hari ini.

Beliau berkata rata-rata pemilik premis dan trak makanan yang mengadu nasib mereka kepada KPDNHEP berjanji akan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditetapkan MKN sekiranya aktiviti itu dibenarkan. 

Sementara itu, Rosol berkata KPDNHEP juga akan memohon supaya premis menjual pakaian dibenarkan beroperasi sepanjang PKP ini demi memastikan kelangsungan hidup peniaga dan pekerja terutama di musim perayaan Tahun Baharu Cina dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut beberapa bulan lagi.

“Kita tahu sekarang ini kita dalam dilema antara ekonomi dan kesihatan. Lagipun kluster baharu banyak berlaku di kawasan tapak pembinaan, kawasan-kawasan perniagaan seperti restoran dan kedai makan, pasar malam dan premis jual pakaian tiada lagi kluster jadi kita harap MKN dapat pertimbangkan.

“Ini rintihan rakyat dari akar umbi yang terkesan dengan COVID-19,” katanya. #sumber



Demikianlah Artikel KPDNHEP Akan Kemuka Permohonan Benarkan Makan Di Premis Sepanjang PKP !

Sekianlah artikel KPDNHEP Akan Kemuka Permohonan Benarkan Makan Di Premis Sepanjang PKP ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KPDNHEP Akan Kemuka Permohonan Benarkan Makan Di Premis Sepanjang PKP ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/02/kpdnhep-akan-kemuka-permohonan-benarkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "KPDNHEP Akan Kemuka Permohonan Benarkan Makan Di Premis Sepanjang PKP !"

Catat Ulasan

Loading...