Loading...

Annuar Musa Senaraikan "Tujuh" Sebab Kenapa UMNO Berpecah Kerana Isu Perikatan Nasional

Loading...
Annuar Musa Senaraikan "Tujuh" Sebab Kenapa UMNO Berpecah Kerana Isu Perikatan Nasional - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Annuar Musa Senaraikan "Tujuh" Sebab Kenapa UMNO Berpecah Kerana Isu Perikatan Nasional, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Annuar Musa Senaraikan "Tujuh" Sebab Kenapa UMNO Berpecah Kerana Isu Perikatan Nasional
link : Annuar Musa Senaraikan "Tujuh" Sebab Kenapa UMNO Berpecah Kerana Isu Perikatan Nasional

Baca juga


Annuar Musa Senaraikan "Tujuh" Sebab Kenapa UMNO Berpecah Kerana Isu Perikatan Nasional

 

KUALA LUMPUR - Pemimpin UMNO, Tan Sri Annuar Musa, menyenaraikan tujuh sebab partinya berpecah-belah mengenai hubungannya dengan Perikatan Nasional (PN)

Dalam satu hantaran di Facebook, Annuar, yang juga bekas setiausaha agung Barisan Nasional (BN) berkata, beliau selalu memikirkan apakah yang tidak kena dalam partinya, dan mengapa ia terjadi.

Berikut adalah antara jawapan yang beliau perolehi, katanya:

Kekecewaan segelintir pemimpin yang tidak terpilih menyertai Kabinet apabila UMNO kembali dalam kerajaan mendorong mereka memulakan “rentak berbeza”.

Pelantikan “anak buah” pemimpin ke dalam Kabinet, tetapi bukan pemimpin itu sendiri.

Kes mahkamah yang tidak memihak kepada pemimpin UMNO menyebabkan mereka berasa kerajaan tidak membantu mereka.

Pertemuan sulit sebelum pilihan raya Sabah yang menyaksikan percubaan menjatuhkan kerajaan PN, diikuti oleh sumpah setia kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim pada 11 Okt tahun lalu, yang membelakangi pendirian parti yang menolak Anwar dan DAP.

Pertemuan sulit pada 17 Okt tahun lalu yang melibatkan pemimpin UMNO dan Pakatan Harapan (PH), disusuli oleh beberapa perbincangan lain untuk menjatuhkan kerajaan.

Kegagalan percubaan “menarik tikar di bawah kaki” kerajaan PN (merujuk kepada beberapa pemimpin UMNO yang menarik balik sokongan mereka terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin) yang membawa kepada pengisytiharan darurat pada Januari.

Gerakan yang dilancarkan bagi mendesak bahagian-bahagian UMNO menolak kerjasama dengan PPBM pada pilihan raya akan datang, iaitu strategi bagi menjayakan “jajaran baharu” yang cenderung kepada kerjasama dengan PH.

Annuar, penyokong kuat kerjasama dengan PPBM berkata, terdapat perancangan untuk menjadikan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) sebagai medan untuk membatalkan “jajaran asal” yang telah “berkali-kali” diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi parti.

“Akibatnya, berlakulah pertembungan dua aliran pemikiran dalam kalangan pemimpin dan bahagian bahagian.

“Jajaran baharu yang condong kepada kerjasama dgn PH, (dan) jajaran asal yang condong kepada kerjasama dgn PN,” kata Annuar, yang juga ketua Umno Ketereh.

Tahun lalu, dilaporkan 147 daripada 191 bahagian UMNO menolak kerjasama dengan PPBM pada pilihan raya akan datang, dan hanya akan menyokong kerajaan sehingga Parlimen dibubarkan.

Terbaharu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan pendirian sama, walaupun UMNO Perlis dan Sabah mungkin memutuskan untuk berbuat sebaliknya. #sumber



Demikianlah Artikel Annuar Musa Senaraikan "Tujuh" Sebab Kenapa UMNO Berpecah Kerana Isu Perikatan Nasional

Sekianlah artikel Annuar Musa Senaraikan "Tujuh" Sebab Kenapa UMNO Berpecah Kerana Isu Perikatan Nasional kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Annuar Musa Senaraikan "Tujuh" Sebab Kenapa UMNO Berpecah Kerana Isu Perikatan Nasional dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/03/annuar-musa-senaraikan-tujuh-sebab.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Annuar Musa Senaraikan "Tujuh" Sebab Kenapa UMNO Berpecah Kerana Isu Perikatan Nasional"

Catat Ulasan

Loading...