Judul : DAP Kekal Pendirian "Tiada" Kerjasama Politik Dengan UMNO Pada Pilihan Raya Umum Ke-15
link : DAP Kekal Pendirian "Tiada" Kerjasama Politik Dengan UMNO Pada Pilihan Raya Umum Ke-15
DAP Kekal Pendirian "Tiada" Kerjasama Politik Dengan UMNO Pada Pilihan Raya Umum Ke-15
GEORGETOWN - DAP hari ini mengulangi tidak akan bekerjasama dengan Umno melainkan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti memutuskan untuk berbuat demikian.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, pendirian CEC berhubung kerjasama politik dengan UMNO, khususnya bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15), masih tidak berubah.
“Saya tegaskan di sini bahawa DAP tidak akan bekerjasama dengan pemimpin kleptokrat pada PRU akan datang.
“Ini kekal sebagai pendirian parti melainkan CEC membuat keputusan lain pada masa akan datang,” kata beliau dalam ucapan pembukaan Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang 2021 di SPICE Arena, di sini.
Beliau berkata, DAP bagaimanapun boleh bekerjasama untuk faedah rakyat seperti di Johor dan Perak, di mana kerajaan negeri yang diterajui UMNO menyediakan peruntukan kepada semua kawasan yang diwakili pembangkang.
“Kita boleh hadiri mesyuarat dan berbincang dengan kerajaan negeri yang diketuai UMNO berhubung isu-isu rakyat demi kepentingan rakyat,” kata beliau.
Sebagai contoh, DAP, kata beliau, bersedia bekerja dengan Ahli Parlimen UMNO bagi memaksa kerajaan Perikatan Nasional mengadakan sidang Parlimen serta menyemak semula undang-undang yang dianggap kejam seperti kompaun RM10,000 terhadap individu dan RM50,000 ke atas syarikat yang didapati melanggar prosedur operasi standard pencegahan Covid-19.
Lim, yang juga Ahli Parlimen Bagan, berkata kesemua 42 Ahli Parlimen DAP masih bersama parti itu, dan beliau menyeru kesemua Ahli Parlimen pembangkang bersatu dan menggesa kerajaan agar sidang Parlimen diadakan.
Sementara itu, Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengingatkan semua ahli DAP agar tidak mengambil mudah PRU akan datang dengan menganggap parti tersebut akan dapat mempertahankan kerajaan negeri dengan mudah.
Ini kerana, kata beliau, kerajaan negeri perlu menangani tiga krisis semasa dengan jaya, iaitu kesihatan, ekonomi dan politik, jika mahu meraih kepercayaan rakyat pada PRU15.
“Jangan anggap DAP dan Pakatan Harapan boleh menang dengan mudah di Pulau Pinang. Jika kerajaan negeri gagal mainkan peranan dan selesaikan tiga krisis tersebut, kita akan hilang kepercayaan pengundi,” kata beliau. #sumber
Demikianlah Artikel DAP Kekal Pendirian "Tiada" Kerjasama Politik Dengan UMNO Pada Pilihan Raya Umum Ke-15
Anda sekarang membaca artikel DAP Kekal Pendirian "Tiada" Kerjasama Politik Dengan UMNO Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/03/dap-kekal-pendirian-tiada-kerjasama.html

0 Response to "DAP Kekal Pendirian "Tiada" Kerjasama Politik Dengan UMNO Pada Pilihan Raya Umum Ke-15"
Catat Ulasan