Judul : Covid-19: Sebanyak 1,576 Kes Positif Baharu Dengan Dua Kematian Di Rekodkan Hari Ini !
link : Covid-19: Sebanyak 1,576 Kes Positif Baharu Dengan Dua Kematian Di Rekodkan Hari Ini !
Covid-19: Sebanyak 1,576 Kes Positif Baharu Dengan Dua Kematian Di Rekodkan Hari Ini !
PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan melaporkan 1,996 pesakit sembuh berbanding 1,576 kes baharu Covid-19 dan dua kematian.
Ini menjadikan 314,457 kes pulih daripada keseluruhan 330,042 jangkitan Covid-19 dengan 1,225 kematian yang direkodkan setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ketika ini seramai 14,360 pesakit sedang dirawat, dengan 151 ditempatkan di unit rawatan rapi dan 57 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Katanya, Sarawak melaporkan jumlah kes harian tertinggi, iaitu 407 kes.
Ia diikuti Selangor (348), Pulau Pinang (182), Kuala Lumpur (175), Johor (137), Perak (100), Melaka (54), Kelantan (52), Negeri Sembilan (41), Sabah (33), Kedah (25), Pahang (13), Terengganu (6), Labuan (2) dan Putrajaya (1).
Perlis ialah satu-satunya negeri yang tidak melaporkan kes baharu.
Noor Hisham berkata, dua kematian itu membabitkan warganegara berusia 55 dan 71 tahun di Kuala Lumpur serta Sarawak.
Katanya, seorang daripada lelaki itu menghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan buah pinggang kronik.
Sementara itu, beliau berkata, seramai 5,955,994 rakyat Malaysia sudah mendaftar untuk menerima vaksin Covid-19 melalui MySejahtera.
Katanya, seramai 385,126 individu sudah divaksin dengan dos pertama dan kedua setakat ini. #sumber
Demikianlah Artikel Covid-19: Sebanyak 1,576 Kes Positif Baharu Dengan Dua Kematian Di Rekodkan Hari Ini !
Anda sekarang membaca artikel Covid-19: Sebanyak 1,576 Kes Positif Baharu Dengan Dua Kematian Di Rekodkan Hari Ini ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/03/covid-19-sebanyak-1576-kes-positif.html
0 Response to "Covid-19: Sebanyak 1,576 Kes Positif Baharu Dengan Dua Kematian Di Rekodkan Hari Ini !"
Catat Ulasan