Judul : Zii Jia Tundukkan Pemain Nombor Satu Dunia, Momita Di Suku Akhir Badminton All England
link : Zii Jia Tundukkan Pemain Nombor Satu Dunia, Momita Di Suku Akhir Badminton All England
Zii Jia Tundukkan Pemain Nombor Satu Dunia, Momita Di Suku Akhir Badminton All England
KUALA LUMPUR - Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mengakhiri badi kekalahan di tangan bintang Jepun, Kento Momota apabila mengejutkan lawan itu dalam aksi suku akhir Seluruh England, sebentar tadi.
Zii Jia, 23, menutup mulut pengkritik yang meragui kemampuannya sebelum ini apabila tampil dengan prestasi meyakinkan untuk menundukkan Momota yang juga pemain nombor satu dunia menerusi kemenangan straight set 21-16, 21-19 dalam aksi yang berlangsung di Utilita Arena, Birmingham.
Ini adalah kemenangan pertama Zii Jia ke atas Momota selepas tewas dalam semua enam pertemuan sebelum ini.
Kemenangan itu juga menyaksikan pemain berasal dari Kedah itu berjaya mengulangi pencapaiannya tahun lalu apabila turut mara ke separuh akhir Seluruh England.
Peluang untuk Zii Jia melangkah ke pentas final tampak cerah dengan dia dijangka tidak berdepan masalah untuk mengatasi lawan sama ada pemain India, Lakshya Sen atau Mark Culjow dari Belanda pada aksi separuh akhir, esok. #sumber
Demikianlah Artikel Zii Jia Tundukkan Pemain Nombor Satu Dunia, Momita Di Suku Akhir Badminton All England
Anda sekarang membaca artikel Zii Jia Tundukkan Pemain Nombor Satu Dunia, Momita Di Suku Akhir Badminton All England dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/03/zii-jia-tundukkan-pemain-nombor-satu.html

0 Response to "Zii Jia Tundukkan Pemain Nombor Satu Dunia, Momita Di Suku Akhir Badminton All England"
Catat Ulasan