Loading...

Menteri Kanan Ekonomi, Azmin Ali Persoalkan Siapa Yang Janji Laksana Undi18 Pada PRU15

Loading...
Menteri Kanan Ekonomi, Azmin Ali Persoalkan Siapa Yang Janji Laksana Undi18 Pada PRU15 - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Menteri Kanan Ekonomi, Azmin Ali Persoalkan Siapa Yang Janji Laksana Undi18 Pada PRU15, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Menteri Kanan Ekonomi, Azmin Ali Persoalkan Siapa Yang Janji Laksana Undi18 Pada PRU15
link : Menteri Kanan Ekonomi, Azmin Ali Persoalkan Siapa Yang Janji Laksana Undi18 Pada PRU15

Baca juga


Menteri Kanan Ekonomi, Azmin Ali Persoalkan Siapa Yang Janji Laksana Undi18 Pada PRU15

 

SHAH ALAM - Seorang menteri persekutuan hari ini mempertahankan penangguhan pelaksanaan dasar Undi18, sambil menyatakan bahawa pilihan raya umum hanya akan diadakan pada 2023.

“Pilihan raya seterusnya adalah pada 2023. Siapa janji untuk (laksana Undi18) pada 2020 atau 2021?” soal Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam sidang media, merujuk kepada pendaftaran automatik individu berusia 18 tahun sebagai pengundi.

Azmin berkata, ada banyak langkah lain yang perlu diambil sebelum undang-undang baharu itu dapat dilaksanakan.

Beliau mengulas kritikan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang berkata, pendaftaran automatik hanya dapat dilaksanakan selepas September tahun depan.

Kata SPR, sekatan pergerakan menghalang perancangan dan persiapannya.

Azmin berkata, pindaan juga perlu dilakukan di peringkat negeri untuk membolehkan belia berusia 18 tahun bertanding sebagai calon dalam pilihan raya negeri.

“SPR telah menjelaskan dan kebetulan ada perintah kawalan pergerakan (PKP), mungkin terganggu proses itu,” kata beliau.

Beliau menggesa orang ramai untuk tidak membuat andaian atau memainkan sentimen, sambil menambah, kerajaan Perikatan Nasional (PN) menyokong hak belia untuk mengundi.

Hari ini, seorang lagi menteri Kabinet, Khairy Jamaluddin, mengkritik SPR kerana menangguhkan pelaksanaan Undi18.

Menteri sains, teknologi dan inovasi itu berkata, alasan bahawa PKP menjejaskan perancangan dan persiapan SPR adalah tidak munasabah memandangkan ia sudah dilaksanakan sejak lebih setahun lalu.

Semalam, NGO Undi18 dan parti politik MUDA berkata, mereka merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan atas penangguhan itu. #sumber



Demikianlah Artikel Menteri Kanan Ekonomi, Azmin Ali Persoalkan Siapa Yang Janji Laksana Undi18 Pada PRU15

Sekianlah artikel Menteri Kanan Ekonomi, Azmin Ali Persoalkan Siapa Yang Janji Laksana Undi18 Pada PRU15 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Menteri Kanan Ekonomi, Azmin Ali Persoalkan Siapa Yang Janji Laksana Undi18 Pada PRU15 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/03/menteri-kanan-ekonomi-azmin-ali.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Menteri Kanan Ekonomi, Azmin Ali Persoalkan Siapa Yang Janji Laksana Undi18 Pada PRU15"

Catat Ulasan

Loading...