Loading...

Zahid Hamidi Saman Malaysiakini RM220 Juta, Isu Laporan Salah Perbicaraan Kes Rasuahnya

Loading...
Zahid Hamidi Saman Malaysiakini RM220 Juta, Isu Laporan Salah Perbicaraan Kes Rasuahnya - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zahid Hamidi Saman Malaysiakini RM220 Juta, Isu Laporan Salah Perbicaraan Kes Rasuahnya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zahid Hamidi Saman Malaysiakini RM220 Juta, Isu Laporan Salah Perbicaraan Kes Rasuahnya
link : Zahid Hamidi Saman Malaysiakini RM220 Juta, Isu Laporan Salah Perbicaraan Kes Rasuahnya

Baca juga


Zahid Hamidi Saman Malaysiakini RM220 Juta, Isu Laporan Salah Perbicaraan Kes Rasuahnya

 

PETALING JAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengemukakan saman fitnah bernilai RM220 juta terhadap Malaysiakini berhubung laporan liputan perbicaraan kes rasuahnya.

Tuntutan itu memetik 22 artikel yang diterbitkan oleh Malaysiakini, termasuk empat artikel Bernama, serta komen pembaca, lapor portal itu.

Presiden UMNO itu kini dibicarakan berhubung 12 tuduhan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah, dan 27 tuduhan pengubahan wang haram.

Saman itu menamakan Malaysiakini, Ketua Pengarang Steven Gan, dan seorang wartawan sebagai defendan.

Dalam tuntutan saman fitnah itu, peguam Zahid berpendapat bahawa beberapa artikel portal itu dan yang dihasilkan Bernama, disalah lapor atau memberi gambaran salah mengenai prosiding mahkamah, dan menimbulkan gambaran negatif terhadap presiden Umno itu.

Selain menuntut ganti rugi, presiden Umno itu juga meminta perintah injuksi untuk melarang penerbitan artikel dan komen pembaca yang memfitnah.

Peguam Zahid mengeluarkan surat tuntutan (LOD) terhadap Malaysiakini pada Ogos lalu mengenai artikel dan komen dalam artikel tersebut.

Peguam Malaysiakini K Shanmuga menjawab LOD itu pada bulan yang sama untuk meminta penjelasan lebih lanjut.

“Pemberitahuan permintaan anda tidak menjelaskan dengan jelas kata-kata atau komen tertentu di lampiran yang didakwa memfitnah anak guam anda, tetapi membuat pernyataan umum bahawa semua laporan berita tersebut memiliki makna yang sama, dan didakwa sebagai fitnah kepada anak guam anda,” tulis peguam Malaysiakini.

Pihak Zahid tidak menjawab permintaan untuk penjelasan itu, lapor portal itu.

Bagaimanapun, pihak plaintiff telah menyatakan bahagian mana daripada artikel dan komen yang mereka percayai sebagai fitnah dalam tuntutan yang diajukan pada Rabu lalu.

Tuntutan itu difailkan oleh Tetuan Shahrul Hamidi & Haziq. #sumber



Demikianlah Artikel Zahid Hamidi Saman Malaysiakini RM220 Juta, Isu Laporan Salah Perbicaraan Kes Rasuahnya

Sekianlah artikel Zahid Hamidi Saman Malaysiakini RM220 Juta, Isu Laporan Salah Perbicaraan Kes Rasuahnya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zahid Hamidi Saman Malaysiakini RM220 Juta, Isu Laporan Salah Perbicaraan Kes Rasuahnya dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/03/zahid-hamidi-saman-malaysiakini-rm220.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Zahid Hamidi Saman Malaysiakini RM220 Juta, Isu Laporan Salah Perbicaraan Kes Rasuahnya"

Catat Ulasan

Loading...