Judul : PAS Akan Terus Komited Pertahan Penyatuan Ummah Dan Umat Islam Di Dalam Negara Ini
link : PAS Akan Terus Komited Pertahan Penyatuan Ummah Dan Umat Islam Di Dalam Negara Ini
PAS Akan Terus Komited Pertahan Penyatuan Ummah Dan Umat Islam Di Dalam Negara Ini
KUALA LUMPUR - PAS akan terus komited mempertahankan penyatuan ummah dan umat Islam di negara ini, kata Timbalan Presidennya, Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau berkata, ini dibuktikan dengan kehadiran PAS pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 sebagai usaha berterusan memperkukuhkan penyatuan ummah menerusi Muafakat Nasional (MN), sebagaimana disepakati sebelum ini.
“Ia demi keinginan melihat kesatuan Islam dalam negara,” katanya kepada Bernama selepas mendengar ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di perhimpunan itu.
Hadir sama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).
Pagi tadi, Zahid dalam ucapan dasarnya berkata, UMNO sebagai rakan kongsi politik akan terus jujur untuk menterjemah piagam dan perjanjian persefahaman yang dimeterai UMNO dan PAS pada September 2019.
Katanya, permuafakatan itu terbukti mendapat sokongan padu seperti yang dilihat dalam tujuh pilihan raya kecil selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14), dan diyakini akan membuka ruang kepada BN untuk kembali menerajui negara. #sumber
Demikianlah Artikel PAS Akan Terus Komited Pertahan Penyatuan Ummah Dan Umat Islam Di Dalam Negara Ini
Anda sekarang membaca artikel PAS Akan Terus Komited Pertahan Penyatuan Ummah Dan Umat Islam Di Dalam Negara Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/03/pas-akan-terus-komited-pertahan.html

0 Response to "PAS Akan Terus Komited Pertahan Penyatuan Ummah Dan Umat Islam Di Dalam Negara Ini"
Catat Ulasan