Loading...

PAS Patut Faham, Hubungan UMNO-BERSATU Memang Sudah Tak Boleh Di Selamatkan Lagi

Loading...
PAS Patut Faham, Hubungan UMNO-BERSATU Memang Sudah Tak Boleh Di Selamatkan Lagi - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS Patut Faham, Hubungan UMNO-BERSATU Memang Sudah Tak Boleh Di Selamatkan Lagi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS Patut Faham, Hubungan UMNO-BERSATU Memang Sudah Tak Boleh Di Selamatkan Lagi
link : PAS Patut Faham, Hubungan UMNO-BERSATU Memang Sudah Tak Boleh Di Selamatkan Lagi

Baca juga


PAS Patut Faham, Hubungan UMNO-BERSATU Memang Sudah Tak Boleh Di Selamatkan Lagi

 

KUALA LUMPUR - Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berpendapat PAS sepatutnya sudah memahami bahawa tiada jalan tengah dapat dicapai untuk UMNO bergerak bersama BERSATU.

Menurut ketua Pemuda UMNO itu pihaknya percaya PAS sendiri menanti-nanti pendirian terkini UMNO terhadap Bersatu dan berharap keadaan dapat diselamatkan.

Dengan adanya penjelasan dibuat Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini serta kenyataan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin semalam, kata Asyraf Wajdi, ia memberi isyarat jelas mengenai hubungan kedua-dua parti.

"Walaupun mereka (PAS) berharap pada peringkat awal untuk Umno dan Bersatu ini diselamatkan hubungannya, tetapi saya kira - sebagaimana kenyataan Muhyiddin yang berkata (Bersatu) akan bertanding di semua kerusi UMNO - itu jelas memberikan isyarat bahwa memang UMNO dan Bersatu tak boleh bersama," katanya kepada media di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur hari ini.

Asyraf Wajdi ditemui selepas Ahmad Zahid selesai menyampaikan ucapan dasar dan menyenyuh mengenai kedudukan serentak PAS dalam Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).

Kata Ahmad Zahid sewajarnya "kedua-dua kaki" anggota MN berada pada tapak yang sama dan belum terlambat untuk PAS kembali ke pangkal jalan.

Ahmad Zahid juga berkata MN sebelum ini bersetuju bahawa kedua-dua parti untuk tidak tergesa-gesa menyertai sebarang gabungan parti lain - suatu kenyataan yang jelas ditujukan kepada PAS.

Sementara itu Asyraf Wajdi berkata kerjasama di antara UMNO dan PAS bersetuju bahawa penyertaan mereka dalam kerajaan yang ditubuhkan selepas Langkah Sheraton pada tahun lalu bersifat sementara.

"Ia hanya sekadar untuk kita menstabilkan keadaan apabila PH runtuh.

"Dan akhirnya kita mahu menyerahkan kembali mandat (memilih kerajaan) itu kepada rakyat. Itu jelas," katanya.

Pada masa sama Asyraf Wajdi berkata Umno tidak boleh memaksa PAS dan parti itu ada hak untuk berbincang dengan sesiapa yang dirasakannya perlu.

"Itu hal dalaman PAS, cuma di peringkat Umno kami juga ada hak untuk menyatakan pendirian dan pandangan kami," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel PAS Patut Faham, Hubungan UMNO-BERSATU Memang Sudah Tak Boleh Di Selamatkan Lagi

Sekianlah artikel PAS Patut Faham, Hubungan UMNO-BERSATU Memang Sudah Tak Boleh Di Selamatkan Lagi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS Patut Faham, Hubungan UMNO-BERSATU Memang Sudah Tak Boleh Di Selamatkan Lagi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/03/pas-patut-faham-hubungan-umno-bersatu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PAS Patut Faham, Hubungan UMNO-BERSATU Memang Sudah Tak Boleh Di Selamatkan Lagi"

Catat Ulasan

Loading...