Loading...

PAS Belum Terlambat Lagi Kembali Ke Pangkal Jalan Bersama Sekutu Muafakat Nasional (MN)

Loading...
PAS Belum Terlambat Lagi Kembali Ke Pangkal Jalan Bersama Sekutu Muafakat Nasional (MN) - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS Belum Terlambat Lagi Kembali Ke Pangkal Jalan Bersama Sekutu Muafakat Nasional (MN), kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS Belum Terlambat Lagi Kembali Ke Pangkal Jalan Bersama Sekutu Muafakat Nasional (MN)
link : PAS Belum Terlambat Lagi Kembali Ke Pangkal Jalan Bersama Sekutu Muafakat Nasional (MN)

Baca juga


PAS Belum Terlambat Lagi Kembali Ke Pangkal Jalan Bersama Sekutu Muafakat Nasional (MN)

 

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO hari ini secara bersahaja dan berlapik mengingatkan PAS mengenai sikap yang wajar diambil sebagai sekutu dalam Muafakat Nasional (MN).

Kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, MN itu dijelmakan dengan iringan air mata dalam kalangan ahli kedua-dua parti selepas mereka bersengketa selama lebih enam dekad.

Melalui MN katanya kedua-dua parti bersetuju untuk tidak tergesa-gesa menyertai mana-mana gabungan parti politik dan UMNO bertegas dengan ketetapan itu.

Tambahnya, dalam keadaan kedua-dua kaki UMNO "berpijak di bumi sama", parti itu tidak akan mengambil sikap seperti lalang ditiup angin.

"Piagam MN yang termeterai belum sampai ke penghujungnya. Namun belum terlambat untuk kita kembali ke pangkal jalan. Kaki kita mesti berpijak di tapak yang sama.

"Tapak yang berbeza tidak menjanjikan sebarang keberuntungan, apatah lagi, pertambahan kerusi," katanya pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, hari ini.

Ia secara halus boleh dianggap teguran kepada PAS yang kini menjadi sebahagian daripada parti komponen Perikatan Nasional (PN) yang diketuai Bersatu.

Isu penyertaan PAS dalam PN sudah berkali-kali dibangkitkan pimpinan UMNO namun ia kekal secara tersirat. Bagaimanapun Pemuda PAS semasa menzahirkan rasa tersinggung mereka apabila Ketua Pemuda UMNO Asyraf Wajdi Dusuki memetik peristiwa pertembungan Khawarij dan Sayidina Ali Abi Talib dalam ucapannya.

Jujur terjemah piagam MN

Pemuda PAS kemudian mengeluarkan amaran agar UMNO tidak biadab di depan pemimpin mereka hari ini.

Untuk rekod Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berada di atas pentas utama bersama kepimpinan UMNO semasa Ahmad Zahid menyampaikan ucapan dasarnya pagi ini.

Menurut Ahmad Zahid sebagai rakan politik, UMNO akan terus jujur menterjemah piagam dan persefahaman yang dimeterai dengan PAS.

Bekas timbalan perdana menteri itu juga menjelaskan, apabila dia bercakap mengenai penetapan semula (reset) politik negara, ia merujuk kepada MN namun disalah faham oleh ramai orang.

Katanya penjajaran politik yang dimaksudnya adalah kesediaan BN untuk memperkasakan Muafakat Nasional (MN) bersama PAS menjadi kuasa baru politik negara.

"Kita yakin permuafakatan ini mendapat sokongan padu dalam kancah politik negara dan membuka ruang kepada UMNO dan BN kembali menerajui negara.

"UMNO akan terus jujur menterjemahkan piagam MN yang kita telah tandatangani.

Pada Disember tahun lalu Ahmad Zahid berkata UMNO dan BN tidak menolak kemungkinan berlaku penjajaran baru politik merujuk kepada situasi politik Perak.

Kenyataan itu susulan perubahan dan krisis politik yang melanda negeri itu membawa kepada pertukaran Menteri Besar.

Selepas kenyataan Ahmad Zahid itu timbul spekulasi yang mengaitkan kerjasama parti itu dengan DAP dan juga PKR bagi membentuk kuasa baru politik negara.

Bagaimanapun Majlis Tertinggi (MT) UMNO membuat ketetapan menolak sebarang kerjasama dengan DAP dan juga PKR. #sumber



Demikianlah Artikel PAS Belum Terlambat Lagi Kembali Ke Pangkal Jalan Bersama Sekutu Muafakat Nasional (MN)

Sekianlah artikel PAS Belum Terlambat Lagi Kembali Ke Pangkal Jalan Bersama Sekutu Muafakat Nasional (MN) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS Belum Terlambat Lagi Kembali Ke Pangkal Jalan Bersama Sekutu Muafakat Nasional (MN) dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/03/pas-belum-terlambat-lagi-kembali-ke.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PAS Belum Terlambat Lagi Kembali Ke Pangkal Jalan Bersama Sekutu Muafakat Nasional (MN)"

Catat Ulasan

Loading...