Loading...

PAU 2020: UMNO Muktamad Tolak Kerjasama Dengan BERSATU Pada Pilihan Raya Umum Ini

Loading...
PAU 2020: UMNO Muktamad Tolak Kerjasama Dengan BERSATU Pada Pilihan Raya Umum Ini - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAU 2020: UMNO Muktamad Tolak Kerjasama Dengan BERSATU Pada Pilihan Raya Umum Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAU 2020: UMNO Muktamad Tolak Kerjasama Dengan BERSATU Pada Pilihan Raya Umum Ini
link : PAU 2020: UMNO Muktamad Tolak Kerjasama Dengan BERSATU Pada Pilihan Raya Umum Ini

Baca juga


PAU 2020: UMNO Muktamad Tolak Kerjasama Dengan BERSATU Pada Pilihan Raya Umum Ini

 

KUALA LUMPUR - Keputusan UMNO tidak bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang adalah muktamad, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO itu berkata, UMNO juga menolak pembentukan gabungan politik bersama Perikatan Nasional (PN).

"Keputusan itu adalah muktamad dan harus diletakkan noktah. Ketetapan ini bukan hanya dibuat Majlis Kerja Tertinggi (MKT), tetapi lahir daripada suara di peringkat akar umbi," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, dukungan UMNO terhadap pembentukan kerajaan PN tahun lalu adalah kerana rakyat.

"Kita lakukannya kerana parti kerajaan sebelumnya PH (Pakatan Harapan) gagal melaksanakan manifesto yang akhirnya mereka akui bukan kitab suci," katanya.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid menegaskan, berkata pemerkasaan itu hanya boleh dilakukan sekiranya kedua-dua parti itu berada dalam tapak yang sama.

"Jalinan politik antara UMNO-PAS berpaksikan kepada roh penyatuan ummah, ia dijelmakan dengan iringan deraian air mata dalam kalangan kedua-dua ahli parti.

"Politik UMNO bukan seperti lalang ditiup angin. Ingin saya tegaskan piagam MN belum sampai ke penghujungnya. Kita (UMNO-PAS) belum terlambat kembali ke pangkal jalan.

"Namun, kaki kita mesti berpihak dalam tapak yang sama, itu adalah syarat utama," katanya.

Ahmad Zahid berkata, UMNO sedia berunding dengan mana-mana parti politik untuk membentuk kerajaan pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Tegasnya, perkara utama bagi parti terbesar orang Melayu itu dalam mendepani situasi berkenaan adalah kerelevanan dan dominan UMNO.

"Pasca pilihan raya umum, kita sedia berunding dengan sesiapa sahaja (parti politik) untuk membentuk kerajaan, namun UMNO perlu dominan dan barulah kita relevan.

"Kita harus berlapang dada untuk mendepani 'reset' (pemetaan semula) politik. UMNO memimpin dan bukan dipimpin, tidak bermakna untuk riak, jauh lagi untuk takbur.

"UMNO memerintah bukan diperintah, UMNO harus berdiri teguh memperkasakan Barisan Nasional (BN)," katanya.

Ahmad Zahid menjelaskan, UMNO juga akan bertanding solo dengan menggunakan lambang BN dalam PRU akan datang untuk membentuk dominan politik. #sumber



Demikianlah Artikel PAU 2020: UMNO Muktamad Tolak Kerjasama Dengan BERSATU Pada Pilihan Raya Umum Ini

Sekianlah artikel PAU 2020: UMNO Muktamad Tolak Kerjasama Dengan BERSATU Pada Pilihan Raya Umum Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAU 2020: UMNO Muktamad Tolak Kerjasama Dengan BERSATU Pada Pilihan Raya Umum Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/03/pau-2020-umno-muktamad-tolak-kerjasama.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PAU 2020: UMNO Muktamad Tolak Kerjasama Dengan BERSATU Pada Pilihan Raya Umum Ini"

Catat Ulasan

Loading...