Loading...

Pemuda PAS Bentong Bina Keharmonian Kaum Dan Mendokong Naratif Perpaduan Sedia Ada !

Loading...
Pemuda PAS Bentong Bina Keharmonian Kaum Dan Mendokong Naratif Perpaduan Sedia Ada ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemuda PAS Bentong Bina Keharmonian Kaum Dan Mendokong Naratif Perpaduan Sedia Ada !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemuda PAS Bentong Bina Keharmonian Kaum Dan Mendokong Naratif Perpaduan Sedia Ada !
link : Pemuda PAS Bentong Bina Keharmonian Kaum Dan Mendokong Naratif Perpaduan Sedia Ada !

Baca juga


Pemuda PAS Bentong Bina Keharmonian Kaum Dan Mendokong Naratif Perpaduan Sedia Ada !

 

JERANTUT - Ketua Dewan Pemuda PAS Bentong, Ustaz Roslan Md Esa berharap semua pihak akan terus membina keharmonian kaum selain mendokong naratif perpaduan sedia ada.

Jelasnya, beliau secara peribadi tidak mempunyai masalah dengan masyarakat lain setelah bercampur melakukan aktiviti bersama-sama PAS Bentong di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Sungai Jan dekat sini.

“Kita adalah masyarakat yang cintakan kedamaian, keharmonian, dan kita kena saling sokong-menyokong, kuatkan keharmonian sesama kita.

“Jadi mana-mana naratif yang membawa kepada perpecahan, kita mesti tolak kerana mereka ini tidak ada faedah kepada bangsa Malaysia yang sedang mendambakan kedamaian.

“Secara peribadi saya dan PAS Bentong apabila bercampur dengan masyarakat Tiong Hua, dan Masyarakat India, Masyarakat Asal, tidak ada masalah.

“Bahkan menariknya, di Bentong ini kami ada, pimpinan PAS, calon pimpinan, Yang Dipertua PAS Kawasan kami adalah orang asal. Bererti memang kita tidak ada masalah,” ujarnya semalam.

Tambah beliau, setakat ini Yang Dipertua (YDP) PAS Bentong, Mohd Khairuddin Abdullah merupakan satu-satunya Yang DiPertua PAS yang merupakan orang asal.

Bahkan kata Ustaz Roslan, beliau yang dikenali sebagai Cikgu Khairuddin, disenangi ramai.

“Begitu juga PAS yang memberi ruang kepada masyarakat bukan muslim dalam kalangan masyarakat India, masyarakat Cina, Dayak dan sebagainya.

“Jadi sebenarnya memang tiada masalah, yang ada masalah ialah orang yang memang bermasalah untuk tidak mahu melihat kepada perpaduan itu sebagai suatu nikmat.

“Tetapi mereka tidak habis berpolitiking sepanjang mereka berkecimpung dalam politik,” katanya lagi.

Pada Ahad, Pemuda PAS Bentong mengadakan program bersama masyarakat kaum Tiong Hua di KRT Sungai Jan, Jerantut.

Dalam program sama, Ustaz Roslan mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Ustaz Zuridan Mohd Daud, menyampaikan sumbangan kepada 18 orang penerima Jiran Wanita KRT Sungai Jan.

Beliau turut berkesempatan melawat aktiviti Jiran Wanita ‘urban farming’ serta kelas Tai Chi dan senaman aerobik yang dianjurkan Jiran Wanita Sungai Jan yang jumlah keahliannya 56 orang ahli.

Dalam pada itu, Pengerusi KRT Sungai Jan, Wok Khai Man turut menyatakan terima kasih kepada Pejabat Adun Damak yang selalu membantu KRT Sungai Jan. #sumber



Demikianlah Artikel Pemuda PAS Bentong Bina Keharmonian Kaum Dan Mendokong Naratif Perpaduan Sedia Ada !

Sekianlah artikel Pemuda PAS Bentong Bina Keharmonian Kaum Dan Mendokong Naratif Perpaduan Sedia Ada ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemuda PAS Bentong Bina Keharmonian Kaum Dan Mendokong Naratif Perpaduan Sedia Ada ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/03/pemuda-pas-bentong-bina-keharmonian.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pemuda PAS Bentong Bina Keharmonian Kaum Dan Mendokong Naratif Perpaduan Sedia Ada !"

Catat Ulasan

Loading...