Loading...

Tindakan 'Gantung Parlimen" Bukanlah Idea Baik Sama Ada Pada Tahun 1969 Atau 2021

Loading...
Tindakan 'Gantung Parlimen" Bukanlah Idea Baik Sama Ada Pada Tahun 1969 Atau 2021 - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tindakan 'Gantung Parlimen" Bukanlah Idea Baik Sama Ada Pada Tahun 1969 Atau 2021, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tindakan 'Gantung Parlimen" Bukanlah Idea Baik Sama Ada Pada Tahun 1969 Atau 2021
link : Tindakan 'Gantung Parlimen" Bukanlah Idea Baik Sama Ada Pada Tahun 1969 Atau 2021

Baca juga


Tindakan 'Gantung Parlimen" Bukanlah Idea Baik Sama Ada Pada Tahun 1969 Atau 2021

 

KUALA LUMPUR - Langkah menggantung parlimen selama dua tahun ekoran ketegangan kaum pada 1969 bukanlah idea yang baik ketika itu, justeru ia tidak wajar diulangi sekarang, kata pakar perlembagaan.

Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa yang kini menjadi ADUN pembangkang di Perak, Prof Dr Abdul Aziz Bari, berkata masih banyak persoalan yang belum terjawab di sekitar pelaksanaan darurat kira-kira 52 tahun dulu.

"Sehingga kini insiden itu masih diselubungi misteri.

"Mungkin kerajaan patut mengubah status semua dokumen yang berkaitan dengannya kerana ia sudah berlaku lebih 50 tahun lalu," katanya melalui pesanan mesej.

Abdul Aziz yang juga Naib paengerusi DAP Perak berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan semalam.

Menurut Takiyuddin semasa darurat berlangsung selama dua tahun mulai 1969 tiada sidang parlimen diadakan namun perjalanan pentadbiran kerajaan tidak berdepan masalah.

Sekarang pula, kata Setiausaha Agung PAS itu lagi, parlimen baru saja bersidang kira-kira tiga bulan lalu untuk meluluskan belanjawan dan ia dianggap tidak menimbulkan masalah.

Untuk rekod sepanjang tempoh negara berada dalam darurat dulu, Malaysia ditadbir oleh Majlis Gerakan Negara (Mageran).

Antara isu yang perlu dijelaskan kata Abdul Aziz ialah siapa yang menasihatkan Yang di-Pertuan Agong agar darurat diisytiharkan pada 1969 sama ada Perdana Menteri ketika itu  Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra  atau timbalannya Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein  serta alasan ia diperlukan.

"Tunku dalam memoirnya Before and After May 13 bersikap kritikal terhadap keseluhan hal itu.

"Ringkasnya, bergantung kepada darurat pada 1969 mungkin bukan langkah yang baik.

"Sama macam sekarang - tidak mengadakan sidang parlimen pada 1969 adalah keputusan yang buruk dan ia tidak sepatutnya dicontohi," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Tindakan 'Gantung Parlimen" Bukanlah Idea Baik Sama Ada Pada Tahun 1969 Atau 2021

Sekianlah artikel Tindakan 'Gantung Parlimen" Bukanlah Idea Baik Sama Ada Pada Tahun 1969 Atau 2021 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tindakan 'Gantung Parlimen" Bukanlah Idea Baik Sama Ada Pada Tahun 1969 Atau 2021 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/03/tindakan-gantung-parlimen-bukanlah-idea.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tindakan 'Gantung Parlimen" Bukanlah Idea Baik Sama Ada Pada Tahun 1969 Atau 2021"

Catat Ulasan

Loading...