Loading...

Dua Beradik Di Khuatiri Lemas Jatuh Jambatan 'Gantung' Di Kampung Rekoh Rompin Semalam

Loading...
Dua Beradik Di Khuatiri Lemas Jatuh Jambatan 'Gantung' Di Kampung Rekoh Rompin Semalam - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dua Beradik Di Khuatiri Lemas Jatuh Jambatan 'Gantung' Di Kampung Rekoh Rompin Semalam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dua Beradik Di Khuatiri Lemas Jatuh Jambatan 'Gantung' Di Kampung Rekoh Rompin Semalam
link : Dua Beradik Di Khuatiri Lemas Jatuh Jambatan 'Gantung' Di Kampung Rekoh Rompin Semalam

Baca juga


Dua Beradik Di Khuatiri Lemas Jatuh Jambatan 'Gantung' Di Kampung Rekoh Rompin Semalam

 

ROMPIN - Dua beradik dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam sungai apabila motosikal ditunggang ibu mereka hilang imbangan ketika melalui jambatan gantung Kampung Rekoh, dekat sini, semalam.

Pemangku Ketua Balai Polis Daerah Rompin, Asisten Superintendan Mohd Isa Bidin berkata, dalam kejadian kira-kira 11.15 pagi mangsa, Dhenis Maulida Puteri Masari, tujuh tahun serta adiknya Puteri Ramadhania Azzahra yang berumur tiga tahun sedang membonceng motosikal yang ditunggang ibu mereka.

"Semasa kejadian ibu mangsa yang hanya dikenali sebagai Liswati, 37, sedang dalam perjalanan pulang dari Sekolah Kebangsaan Keratong Satu ke rumah mereka di ladang Peetih, di sini.

"Apabila sampai ke tempat kejadian motosikal berkenaan hilang imbangan dan tumbang di atas jambatan, pada masa sama kedua-dua mangsa terjatuh ke dalam sungai," katanya di sini.

Beliau berkata, polis yang menerima panggilan kira-kira pukul 11.20 pagi bergegas ke tempat kejadian sebelum operasi pencarian digerakkan membabitkan pelbagai agensi bermula 12 tengah hari.

Katanya, operasi disertai 30 anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dihentikan pada jam 6 petang.

"Mangsa tidak ditemui hari ini dan operasi mencari dan menyelamat akan disambung esok," katanya.

Beliau berkata, difahamkan motosikal yang ditunggang mereka dikatakan hilang imbangan kira-kira lima meter lagi hendak sampai ke tebing menyebabkan ketiga-tiga mereka terjatuh, dan dua mangsa yang masih kecil terus terjerumus ke dalam sungai.

Katanya, terdapat jaring yang dipasang pada kiri dan kanan jambatan gantung itu tetapi difahamkan akibat kurang penyelenggaran, terdapat lubang besar di beberapa tempat sepanjang jambatan itu.

Mohd Isa berkata, jambatan itu sering digunakan penduduk setempat sebagai laluan pintas memandangkan jalan raya agak jauh, dan difahamkan ibu mereka terselamat dalam kejadian itu apabila dia tersangkut di jaring. #sumber



Demikianlah Artikel Dua Beradik Di Khuatiri Lemas Jatuh Jambatan 'Gantung' Di Kampung Rekoh Rompin Semalam

Sekianlah artikel Dua Beradik Di Khuatiri Lemas Jatuh Jambatan 'Gantung' Di Kampung Rekoh Rompin Semalam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dua Beradik Di Khuatiri Lemas Jatuh Jambatan 'Gantung' Di Kampung Rekoh Rompin Semalam dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/04/dua-beradik-di-khuatiri-lemas-jatuh.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Dua Beradik Di Khuatiri Lemas Jatuh Jambatan 'Gantung' Di Kampung Rekoh Rompin Semalam"

Catat Ulasan

Loading...