Judul : Polis Sita Dan Menyaman Gelandangan Kerana Tular Gambar Kancil Tiada Bumbung Di TikTok
link : Polis Sita Dan Menyaman Gelandangan Kerana Tular Gambar Kancil Tiada Bumbung Di TikTok
Polis Sita Dan Menyaman Gelandangan Kerana Tular Gambar Kancil Tiada Bumbung Di TikTok
KUALA LUMPUR - Polis menyita dua Perodua Kancil termasuk satu daripadanya tiada bumbung yang tular di media sosial, awal pagi hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kereta berkenaan ditemui di Bandar Metropolitan, Kepong, di sini.
l
Menurutnya, tindakan diambil selepas video tular di aplikasi Tik Tok, baru-baru ini mengenai Perodua Kancil berwarna kuning yang tiada bumbung.
"Kami melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan itu yang dinaiki seorang lelaki berusia 47 tahun dipercayai gelandangan di lokasi berkenaan kira-kira jam 1 pagi.
"Didapati pemandu yang berasal dari Raub, Pahang itu juga tidak mempunyai lesen memandu, selain kereta berwarna kuning tidak tiada cukai jalan, tidak berbumbung dan tayar hadapan sebelah kanan pecah," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Zulkefly berkata, pemandu itu turut menunjukkan sebuah lagi Perodua Kancil berwarna hijau yang tidak mempunyai nombor pendaftaran dan cermin pecah di bahagian pintu belakang sebelah kiri.
"Berdasarkan pemeriksaan, kami mendapati kedua-dua kereta berkenaan tidak layak berada di atas jalan raya dan boleh membahayakan pengguna lain disebabkan ia tidak lengkap, buruk dan sudah lama (usia)," katanya.
Katanya, saman dikeluarkan terhadap pemandu itu atas kesalahan tiada lesen memandu, manakala sitaan kedua-dua kereta dibuat mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Difahamkan, pemandu terbabit adalah gelandangan yang tidur dalam kereta dan pernah dua kali dikenakan tindakan (saman serta sita kenderaan) atas kesalahan sama. #sumber
Demikianlah Artikel Polis Sita Dan Menyaman Gelandangan Kerana Tular Gambar Kancil Tiada Bumbung Di TikTok
Anda sekarang membaca artikel Polis Sita Dan Menyaman Gelandangan Kerana Tular Gambar Kancil Tiada Bumbung Di TikTok dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/04/polis-sita-dan-menyaman-gelandangan.html
0 Response to "Polis Sita Dan Menyaman Gelandangan Kerana Tular Gambar Kancil Tiada Bumbung Di TikTok"
Catat Ulasan