Loading...

PPIM Pandang Serius Kes Saman Masjid, Perlu Ada Pertimbangan Sebelum Di Buat Tindakan !

Loading...
PPIM Pandang Serius Kes Saman Masjid, Perlu Ada Pertimbangan Sebelum Di Buat Tindakan ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PPIM Pandang Serius Kes Saman Masjid, Perlu Ada Pertimbangan Sebelum Di Buat Tindakan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PPIM Pandang Serius Kes Saman Masjid, Perlu Ada Pertimbangan Sebelum Di Buat Tindakan !
link : PPIM Pandang Serius Kes Saman Masjid, Perlu Ada Pertimbangan Sebelum Di Buat Tindakan !

Baca juga


PPIM Pandang Serius Kes Saman Masjid, Perlu Ada Pertimbangan Sebelum Di Buat Tindakan !


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memandang serius tindakan Pegawai Kesihatan Persekitaran U42, Zuharnan Rashid yang menyaman Masjid Sri Maulana, Pekan, Pahang kerana tidak memaparkan QR Code dan buku pendaftaran lawatan yang merupakan keperluan pematuhan SOP sedangkan kedua-dua prosedur itu ada di masjid cuma masih belum dipaparkan dan diletakkan di tempat yang sepatutnya kerana masih terlalu awal. Masjid berkenaan telah dikompaun sebanyak RM10,000 kerana kesalahan tersebut.

Namun, persoalannya mengapakah sebagai seorang Islam, Zuharnan tidak menggunakan pertimbangan sebelum mengeluarkan kompaun dan menasihatkan pegawai masjid itu melakukan apa yang sepatutnya? Mengapa terburu-buru untuk mengeluarkan saman?

Adakah Ketua Pengarah Kesihatan ada menawarkan insentif atau ada kuota perlu dipenuhi untuk setiap kompaun? Masjid adalah rumah ibadat umat Islam dan agama itu adalah agama persekutuan dan kita yakin Zuharnan juga seorang Islam, mengapa bersikap tegas tak bertempat. 

Rakyat kini sudah jelak dan banyak mempersoalkan pelanggaran SOP yang serupa di mana ketidakadilan berlaku dan tiada tindakan diambil jika kesalahan itu dilakukan oleh artis atau ahli politik walaupun kertas siasatan telah dibuka.

Walaupun kompaun itu telah dikurangkan sebanyak 50 peratus dan diselesaikan oleh seorang individu, jumlah wang RM5000 itu boleh dimanfaatkan kepada perkara yang lain, mungkin untuk dihulurkan bantuan kepada saudara mara Zuharnan sendiri!

PPIM berharap Ketua Pengarah Kesihatan memandang serius perkara ini dan menasihatkanpegawai bertugas agar lebih rasional dalam menjalankan tugas mereka. Kami juga menggesa YBhg Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah mengeluarkan kenyataan khas menjelaskan perkara ini agar kekalutan tindakan pegawai ini tidak menjadi amalan pegawaipenguatkuasa yang lain. #sumber



Demikianlah Artikel PPIM Pandang Serius Kes Saman Masjid, Perlu Ada Pertimbangan Sebelum Di Buat Tindakan !

Sekianlah artikel PPIM Pandang Serius Kes Saman Masjid, Perlu Ada Pertimbangan Sebelum Di Buat Tindakan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PPIM Pandang Serius Kes Saman Masjid, Perlu Ada Pertimbangan Sebelum Di Buat Tindakan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/04/ppim-pandang-serius-kes-saman-masjid.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PPIM Pandang Serius Kes Saman Masjid, Perlu Ada Pertimbangan Sebelum Di Buat Tindakan !"

Catat Ulasan

Loading...