Loading...

Saman Masjid: Zuharnan 'Tidak Salah', Jawatan Kuasa Covid Daerah Putuskan Tindakan Saman

Loading...
Saman Masjid: Zuharnan 'Tidak Salah', Jawatan Kuasa Covid Daerah Putuskan Tindakan Saman - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Saman Masjid: Zuharnan 'Tidak Salah', Jawatan Kuasa Covid Daerah Putuskan Tindakan Saman, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Saman Masjid: Zuharnan 'Tidak Salah', Jawatan Kuasa Covid Daerah Putuskan Tindakan Saman
link : Saman Masjid: Zuharnan 'Tidak Salah', Jawatan Kuasa Covid Daerah Putuskan Tindakan Saman

Baca juga


Saman Masjid: Zuharnan 'Tidak Salah', Jawatan Kuasa Covid Daerah Putuskan Tindakan Saman


Ketika ini ramai yang mengecam tindakan yang dilakukan oleh Pegawai Kesihatan yang bernama Zuharnan Rashid kerana mengeluarkan kompaun kepada Pengerusi Masjid Sri Maulana Pekan atas sebab tidak menyediakan QR Code MySejahtera dan buku pendaftaran jemaah.

Perkara ini menimbulkan kemarahan netizen dan penduduk setempat kerana rata-rata jemaah yang hadir ke masjid itu menyatakan bahawa QR Code MySejahtera dan buku pendaftaran jemaah sememangnya ada di masjid tersebut dan mempertikai keputusan Pegawai Kesihatan tersebut tidak membuat siasatan terlebih dahulu dan terus mengeluarkan kompoun.

Namun ada perkara disebaliknya dalam isu kompaun yang dikeluarkan pada 20 April yang lalu ini. Kompoun ini dikeluarkan hasil keputusan yang dikeluarkan mesyuarat peringkat daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Pekan. 

Hal ini dikatakan bermula apabila bilal masjid ini positif COVID-19 dan ramai yang kontak rapat dengan bilal ini. Jadi pihak kesihatan ingin mengesan siapa kontak rapat dengan bilal ini tidak berjaya kerana ramai yang tidak mengunakan MySejahtera dan tidak menulis nama pendaftaran pada buku. Jadi keadaan ini menjadi rumit dan tidak seharusnya berlaku.

Jadi satu keputusan telah dibuat agar perkara ini tidak berlaku lagi kepada masjid-masjid lain ialah mengeluarkan kompoun RM10,000 kepada Pengerusi Masjid Sri Maulana (bukan kepada masjid, jangan salah faham). Pada asalnya kompaun ini nak ditujukan kepada semua jawatankuasa masjid kerana gagal mengikut SOP sebenar tetapi setelah perbincangan telah dibuat maka kompoun ini hanya dikeluarkan atas Pengerusi Masjid Sri Maulana ini sahaja.

Alhamdulillah, KDYMM Pemangku Raja Pahang perkenan untuk membantu menyelesaikan kompaun tersebut. Menjunjung kasih atas keprihatinan Tuanku kepada rakyat jelata.

Keputusan ini agak berat tetapi perlu bertegas kerana kita tidak boleh pandang ringan mengenai penularan wabak COVID-19. Namun perkara ini dipersoal kerana terlalu banyak perkara tidak adil kerana pihak berkuasa dituduh memberi layanan double standard antara rakyat marhaen dan golongan kayangan seperti isu tauke susu pisang dan golongan-golongan vip yang mengabaikan SOP.

Harap pihak berkuasa perlu lebih bijak menangani isu seperti ini pada masa akan datang. #sumber



Demikianlah Artikel Saman Masjid: Zuharnan 'Tidak Salah', Jawatan Kuasa Covid Daerah Putuskan Tindakan Saman

Sekianlah artikel Saman Masjid: Zuharnan 'Tidak Salah', Jawatan Kuasa Covid Daerah Putuskan Tindakan Saman kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Saman Masjid: Zuharnan 'Tidak Salah', Jawatan Kuasa Covid Daerah Putuskan Tindakan Saman dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/04/saman-masjid-zuharnan-tidak-salah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Saman Masjid: Zuharnan 'Tidak Salah', Jawatan Kuasa Covid Daerah Putuskan Tindakan Saman"

Catat Ulasan

Loading...