Judul : Aktivis Alam Sekitar Persoalkan, Bagaimana Kayu Balak Bersaiz Luar Biasa Mencurigakan "Boleh Di Bawa Keluar" Dari Hutan Simpan !
link : Aktivis Alam Sekitar Persoalkan, Bagaimana Kayu Balak Bersaiz Luar Biasa Mencurigakan "Boleh Di Bawa Keluar" Dari Hutan Simpan !
Aktivis Alam Sekitar Persoalkan, Bagaimana Kayu Balak Bersaiz Luar Biasa Mencurigakan "Boleh Di Bawa Keluar" Dari Hutan Simpan !
TEMERLOH - Aktivis alam sekitar, Khaidir Ahmad mendedahkan satu lagi kegiatan membawa keluar kayu balak berlaku ketika musim Covid-19 sedang melanda seluruh negara.
Perkara itu ditularkan dalam laman facebook beliau semalam. Menurut posting tersebut Khaidir mendakwa terdapat lori balak yang membawa kayu balak bersaiz luar biasa singgah di kawasan rehat dan rawat (R&R) Temerloh arah barat di Lebuhraya Pantai Timur (LPT).
Beliau turut memuatnaik gambar-gambar yang dirakamkan sekitar jam 5.50 petang di lokasi terbabit.
Hantaran beliau telah dikongsikan oleh ramai pihak termasuk NGO alam sekitar yang lain termasuk Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA).
Khaidir dalam hantarannya mendakwa beliau tidak pasti pokok balak spesis apa yang dibawa oleh lori tersebut, namun katanya sekali pandang nampak seperti kayu Chengal.
Ada beberapa perkara yang menjadi kemusykilan beliau terhadap isu ini.
"Pokok balak saiz ini hanya ada di kawasan hutan simpan yang dilindungi sepenuhnya. Lori treler yang membawa balak ini tidak menunjukkan plat lesen pembalakan seperti kebiasaannya," kata Khaidir.
Beliau turut mendakwa Balai Pemeriksaan Hutan ditutup pada hari Ahad. Jadi bagaimana balak sebesar ini boleh lepas tanpa pemeriksaan atau bayaran cukai?
Turut dipersoalkan juga lori treler yang membawa balak ini terus meninggalkan R&R Temerloh sebaik sahaja menyedari gambarnya dirakam.
Khaidir menimbulkan kemusykilan, mustahil tidak satupun pasukan pihak berkuasa termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis peronda lebuhraya tidak nampak lori balak sebesar itu.
Namun, pada hantaran tersebut beliau tidak menyatakan dengan jelas isu yang dipersoal melibatkan pihak mana.
Akibat hantaran itu, berbagai komen dan kecaman telah dibuat oleh netizen yang mempersoalkannya.
Rata-rata hairan bagaimana pihak berkuasa tidak menyedari perkara berkenaan.
Namun, pada posting berkenana terdapat seorang netizen Maliqmiza Morad yang mendakwa kayu yang dibawa sudah dicukai dan negeri Terengganu tidak bercuti pada Ahad.
Turut dimuatnaik surat perlepasan cukai untui menbawa kayu-kayu terbabit.
Kemungkinan besar beliau adalah pemandu lori treler berkenaan. Beliau menyuruh jika. Khaidir gidak berpuas hati boleh terus tangkap pemandu berkenaan.
Hantaran beliau turut dikongsikan oleh netizen bernama Mohd Hafiz dalan group facebook Temerloh.
Namun hantaran beliau mendapat berbagai reaksi berbeza dari kalangan netizen yang lain. Mungkin kerana isu yang dipersoalkan ialah kayu balak bersaiz besar yang dibawa keluar dari hutan simpan. Tidak kurang juga yang menghentam Khaidir Ahmad atas alasan beliau membuat fitnah isu ini.
Walau apa yang terjadi, tidak salah seorang aktivis alam sekitar mempersoalkan aktiviti lori balak yang membawa kayu-kayu yang tidak diketahui sumbernya.
Apa pun, pihak berkuasa digesa menyiasat isu ini agar tidak mengelirukan semua pihak. #pahangdaily
Demikianlah Artikel Aktivis Alam Sekitar Persoalkan, Bagaimana Kayu Balak Bersaiz Luar Biasa Mencurigakan "Boleh Di Bawa Keluar" Dari Hutan Simpan !
Anda sekarang membaca artikel Aktivis Alam Sekitar Persoalkan, Bagaimana Kayu Balak Bersaiz Luar Biasa Mencurigakan "Boleh Di Bawa Keluar" Dari Hutan Simpan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/05/aktivis-alam-sekitar-persoalkan.html











0 Response to "Aktivis Alam Sekitar Persoalkan, Bagaimana Kayu Balak Bersaiz Luar Biasa Mencurigakan "Boleh Di Bawa Keluar" Dari Hutan Simpan !"
Catat Ulasan